PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Friday, August 29, 2008

Salam...


gambar ni kt dpt kat sini
Salam Kemerdekaan Buat warga Negara Malaysia..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51
"Perpaduan Teras Kejayaan"




Salam Ramadan Buat Semua Umat Islam..
Semoga Ramadan Kali ini Lebih memberi keberkataan Buat kt semua...
Amin~


p/s: Memandangkan tak dpt masuk internet beberapa hari ni jadi ni jer la yg dpt kite update.. esk 1st time balik kg naik kereta api heee nak juga ni sambut puasa gan mak :)... Semoga kite selamat sampai dan selamat balik :) amin~

Tuesday, August 26, 2008

Mutiara Kata

ermm ari ni tgk2 kat thumedrive ada plak mutiara kata..
yg kite dah simpan lama tak ingat dpt dr mn..
rasanya dr tenet gak..
tp tu la nk creditkan dr mn pun dah tak ingat...
jadi kita letak kat sini..
tuk diri kite dan sapa2 je yg terbaca ok!!
klik gambar tuk dptkan paparan lebih besar mutiara kata ini..





Monday, August 25, 2008

Semalam...

wah beshnya tdo!!! tgk tv basuh baju lipat baju..
baju sdri pun mengeluh tau...

ok la smlm penutupan Sukan Olympic Bejing.. berakhir sudah..
tahniah wat wakil negara kita walaupun hanya mendapat satu pinggat perak..


smlm byk sangat rancangan tv terpaksa tukar2 siaran tv kejap geng starz jap jgn lupa lirik hehehe saja je jgn lupa lirik tu besttgk org dpt duit byk2.. kalo la kite bleh hafal lirik byk2 kan best tak nk byk la sampai takat 25ribu ke 10 ribu hik hik hik (ada hati ni)


tahniah wat one nation emcees
kerana mendapat tiga ratus ribu ringgit malaysia


terlupa ada konsert gegar U.. tgk2 dah nk abis..
nasib le... tapi tk kisah Astro byk ulangan..

gitu la kan... sblm tgk tv tu kite gan osmate kt pi beli burger.. lama dah tak mkn burger tepi jalan beli plak gan nesface.. haaa amik ko tak leh tdo.. smpi kol 2.00pg jadi burung antu kalo tak silap... nasib terasa gantuk.. kalo tak tak to la... sambil2 tunggu mata gantuk ada plak citer nujum pak belalang ni.. mcm mn mata nk gantuk hehehe....

"satu ko satu untuk aku.. dua tuk ko dua aku.. tiga tuk ko tiga tuk aku.. eh pas tiga apa dah? antamsajalah tuk ko antamsaja la tuk aku.. belahlah tuk ko bedalah tuk aku.. eh dlm dunia mn ada huruf bedallah... eh dlm dunia mn ada huruf bedallah tuk ko eh dlm dunia mn ada huruf bedallah tuk aku" hahahahaha besh kan :)


nape ni??? sengal

Saturday, August 23, 2008

Kenagan Terindah

"bila dah tertulis untukku adalah yg terbaik untukku.. kan ku jadikan kenagan yang terindah.."(lirik ni saja kt tukar)

Mysys JB 2006


Taman Negara Malaysia Pahang 2005


Kuala Gandah, Lancang Pahang 2007


Melaka Bandaraya Bersejarah 2008


myOffice Msn Groups 2003
Credit Pic to : LIA


"Team Bereeh" HelizaBereh 2007


The Totoni's Club 2008

Mengenali kalian membuatkan kite bleh matang.. dan lagi berfikir panjang.. pahit manis suka duka kehidupan dpt kite pelajari.. ketika umur menjakau 25 tahun.. byk kenagan pahit dan manis.. semuanya kite satukan menjadi kenagan terindah.. Terima Kasih!!

untuk kita sdri.. Semoga kite Terus tabah dengan dugaan dan cubaan hidup.. apa pun terjadi hidup perlu di teruskan.. belajar tuk terus memaafkan orang lain mengaku kesilapan sdri.. semoga yg terbaik tuk diri kita..amin~

p/s: sepatutnya banyak lagi gambar.. tp tu la ext HDD kt jatuh kebabooo.. gambar2 semua tk dpt di selamatkan nasib baik ada FS dan MS huhuhu :)

SAYANGI KELUARGA.. KERANA KELUARGA LEBIH DARI SEGALANYA!
buruk mcm mn pun baik mcm mn pun keluarga tetap menerima kt..

Harga Minyak Turun Alhamdulillah~

Harga Petrol Dan Diesel Turun Mulai Sabtu, Umum Abdullah

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Bernama) -- Harga diesel dan petrol akan turun antara lapan sen dan 22 sen seliter mulai Sabtu, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga runcit diesel akan dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter, katanya dalam kenyataan akhbar di sini.

Harga baru bahan api itu ditentukan dengan mengambilkira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos hingga 21 Ogos serta penetapan subsidi 30 sen seliter manakala subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk diesel berdasarkan harga baru itu ialah sebanyak 50 sen setiap liter.

"Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru," katanya.

Abdullah berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan lepas.

Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan lepas berbanding Julai 2007, yang diumumkan hari ini, meningkat pada kadar 8.5 peratus.

"Adalah menjadi harapan kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa," katanya.

Pada 1 Ogos, kerajaan mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Namun, Perdana Menteri berkata formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter.

Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter, katanya.

Pada 5 Jun lepas, kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen seliter atau 41 peratus daripada RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel sebanyak RM1 atau 63 peratus daripada RM1.58 kepada RM2.58 seliter.

Ketika itu, harga minyak mentah dunia adalah US$125 setong. Selepas itu harga minyak mentah dunia terus melonjak dan ada ketikanya mencecah sehingga US$140 setong.

Bagaimanapun, harga minyak mentah dunia menunjukkan trend penurunan sejak awal bulan ini.

Kenyataan itu tidak menyebut purata harga minyak mentah dunia antara 1 Ogos hingga 21 Ogos.

Mengikut rekod, harga minyak mentah dunia adalah sekitar US$115 setong minggu lepas dan semalam harganya US$121 setong.

Dengan pengumuman baru itu, peratusan harga petrol RON97 turun sebanyak 5.5 peratus, petrol RON92 sebanyak 8.4 peratus dan diesel sebanyak 3.1 peratus.

Sumber-- BERNAMA

Nota:
Alhamdulillah Harga Minyak turun..
Terima Kasih kepada Pucuk pimpinan yg menandang hal ni..
kerana dengan kenaikan minyak semua barang akan naik..
jadi dengan harga minyak turun jadi mungkin bleh la turun skit harga barang..
walaupun tak byk semuanya memberi impak pada kite kan..
ok harapan kita semua sama harap minyak akan turun lagi skit :)

Thursday, August 21, 2008

Tak Pernah Naik Bas :P

Wah tajuk je dah semacam kan..
pagi tdi kite di kejutkan dengan bunyi telefon di awal pagi..ish osmate kite call..mmg dia ada kata dia nk pi klinik awal pagi.. tp kenapa dia tepon kite.. smlm dia demam.. demam penat.. demam stress segalanya bagai.. ops lupa pangilan tu rupanya mtk tlg kite antakan pas keja dia ke klinik tertinggal.. dengan semangat setiakawan kite pun gagahi jua tuk ke klinik di area bandar baru ampang.. umah kt org kat mn ek dekat2 ampang point la gitu.. nasib baik kite dah siap..mmg niat nk dtg awal kerja la gitu..kol 7.00 kuar tp kol 7.30 baru dpt bas.. tahu la jln ampang tu.. polis jaga punya lama dia nk lepas kenderaan blah kiri.. tensen gak tunggu rasa nk marah je bapak posisi tu soh bg kenderaan blah kiri tu jln.. ish kalo osmate kite tu tenat tahu la nk wat mcm mn.. bkn tak nak naik teksi.. kalo naik teksi pun sama gak kenderaan dr blah kiri tetap tak gerak2 gak.. klinik tu pun satu.. bg la osmate kite tu masuk dlu.. iya kite tahu tak semua org jujurkan.. tp kan kite dah bergerak ke sana.. paling tak de pun mestila kite bawa pas kerja tu adeiiii klinik ooo klinik kenapa la hampeh sgt.. heeeeehee smpilah polis benarkan blah kiri tu berjalan aku pun naik bas.. huwaaaaaaaaa tak tahu naik bas korang tahu sepanjang kite dok kl kite naik bas baru 2 3 kali je.. biasa pi mn2 mama bawa ikut je la mama pi.. tak pun ada la kawan kite tlg bawa mn je kt nk pi..hahaha lrt pun kt naik dr ampang ke pandan jaya tu pun kalo lebih dah berdebar2 ish.. rasa mcm tak selamat je hahaha lawaknya.. eh balik pada pi ke klinik naik bas tadi.. osmate kt soh naik rapidkl tp tak de.. dok pk dia lagi yg tak sihat kt naik je la bas apa2 hhuhuhu so naik turun bandar baru ampang huwaaaaaaa jauhnya kite kena jln.. tp redah jer la demi osmate kite yg sakit.. jln2 smpi la klinik tu.. jam tgk huwaaaaaaa 8.00 dah.. setelah bagi pas kerja.. bru la jururawat kat situ bg osmate kt masuk.. ish ntah la tak patut tul ler.. kalo tenat sempat mati... pastu kt pun balik la naik bas rapidkl sbb bas tu tgh tunggu lampu isyarat hijau.. tahan dan naik.. huwaaaaaaa sekali lagi malu.. huwaa masukkan duit tp tiket tak amik.. sampai abg bas tu pangil dik.. masih wat selamba je.. rupanya naik bas kena amik tiket ler.. huwaaa malunyaaaaaaa.. tp tak pe la kan. MANUSIA BELAJAR DR KESILAPAN dan harap kite lebih mengerti lepas ni (gambar ni kt amik lepas balik dr klinik nk pi kerja heee sempat lagi ek..)

untuk lia osmate kite... Semoga Cepat sembuh tenang selalu.. ok!!!

**sebenarnya mmg dr dlu dr sekoalh masa dok kat jb mmg tak pernah naik bas.. alasan selalu kite pakai takut terlepas huhuhu.. kalo ternaik tu sll bejaga2 je la time nk tekan loceng.. iskkk..

ops nk letak gak ni menu kt mlm tdi..


Roti Telo Cecah Sos..
mkn la bersama osmate yg demam

Tuesday, August 19, 2008

Iklan Petronas 2008



antara dialog yg kite suka..
aiman:: "abah bleh blikan aiman kereta kayuh sbb esk haji jadi aiman?"
abah:: "kalau pokok cempedak abah ni berdaun emas man..
bkn setakat kereta kayuh kereta kebal pun abah belikan"

Seronok la tgk iklan2 petronas.. tiap kali sambutan kemerdekaan.. hari raya mesti kt tunggu iklan dr pertronas mmg besh! thanks petronas sbb wat iklan2 yg besh dan berguna..

pada kite pengajaran yg kita dpt dr iklan ni.. tak semua benda kita dapat dengan mudah.. kt perlu berusaha dan bersusah payah tuk mendapatkannya.. mcm tu gak dengan kemerdekaan.. dan kemajuan Malaysia sekarang ini.. bkn mudah tuk kt dptkannya tuk jadikanseperti sekarang ni... Keranamu Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Perpaduan Teras Kejayaan.. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 51.


Monday, August 18, 2008

wah!!! dpt Award

Terima kasih banyak-banyak kepada kakak hudd tayunk yg memberi kt award ni...
thanks sekali lagi...



Rules of this award are :
1. Put the logo on your blog.
2. Add a link to the person who awarded you.
3. Nominate at least 7 other blogs.
4. Add links to those blogs on yours.
5. Leave a message for your nominees on their blogs.

Love to sharing this award with...
1. Wanie
2. Izza Sweethoney86
3. MamaAqilah
4. SaygMusfirah
5. Luckylia
6. PaanMFR
7. MimieAfinie




Sunday, August 17, 2008

ujung minggu...

Ahad lak...
Dok Umah layan tv..
layan mata... konon nk cuci baju..
tp last2 mlm tdi baru cuci...
ada kalanya tv yg tgk kita hehehehe...
baca novel mata pun makin layu...
last2 zZzZzZZzzz...


opss sebelum terlupa..
Tahniah wat Lee chong wei..
pemain badminton negara..yg mendapatkan pinggat perak mlm tdi..
walaupun tak emas.. kita sebagai rakyat Malaysia
bangga gan pencapaian Lee C.W mlm tdi..
Tahniah!!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sabtu...
kerja setengah ari abis kerja pi midvally..
shoping la kengkonon..
Sempena Mega Sales Kemerdekaan gitu la nama salesnya..
Tapi tak amik gambar ler.. ramai sgt orang..
pastu ke umah pak su kat belakong..
kiranya nk santaila mcm tu...
bli mknan bungkus mkn kat umah pak su gan anak2nya..
waa umah pak su dah cantik la deco bru heheee seronoknya..
gambar ni masa mula2 sampai la.. bila dah mkn lupa lak nak amik gmbr mknan
mcm2 mknan ada sate meehoon sup daging gan mee kungfu..


gambar la sakan gan anak2 pak su...
lama gak tak jumpa diorg ni..
teringat plak ya kata.. "along tdo sini ya?"
nnt ey.. along tdo sana.. heee..

ni plak zaman 60an hahaha.. mkn biskut..

Thursday, August 14, 2008

hmm tiba-tiba kan...

sebenarnya tadi ada Fax masuk..
pastu tgk fax dr HQ hmm dah dpt fax tu smlm..
isi kandungan yg sama.. jadi kertas terpakai la kan..
kt dok ushar2 blog sapa2 jer.. kira semua org la asal kenal ke tak..
tba-tba ternmpk pokok kelapa hee..
tba-tba rasa nk melukis.. tak pandai pun melukis tp saja-saja dok bosan tu..
lakar - lakar skit pastu jadi.. ish...
wat kt yg tak pandai melukis ni kira hasil karya yg agak cantik la ni..
hik hik hik (wah terlebih sudah puji diri sdri ni)
ni la hasilnya tadaaaaaa....


ni lukisan pertama.. bila rasa best


terhasil yg kedua..






ni gambar baju keja smlm.. ari ni tak amik gambar heeee

Wednesday, August 13, 2008

11 Syaban dah...

11 Syaban dah..
jap lagi nk Ramadan tinggal 19hari jer lagi..

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al Mubarak



Semoga Ramadan kali ini memberri lebih Keberkatan
buat kita semua amin~

Monday, August 11, 2008

Jom Kibarkan Jalur Gemilang



Dah Kibarkan Bendera sempena bln kemerdekaan?
kalau dah tentu dpt rasa apa yg kurasakan..
smlm pi TESCO tak bli apa2 pun cuma cari mentol..
bilik air yg dah terbakar..
ntah sapa ntah buat ni mesti bdk cun yg sll bagun awal pagi tu..
sian dia siap pki lilin lagi..
2 ari bilik air tu gelap.. jadi pi ler ke tesco tu bli mentol..
dlm jln nk ke parking kereta...tba-tba..
wah terasa bangga sesangat bila bendera kat kereta berkibar..
tgk kereta lain tak de(walaupun bkn keretaku hanya tumpang je)
jom korang kibarkan bendera Malaysia..
sempana bln kemerdekaan ni .. memestinya terasa apa yg kt rasakan :)

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 51


p/s: Bendera Malaysia yg lekat atas kereta tu RM 2.90 jom bli meriah kan skit bln kemerdekaan negara..

Shoping, Makan sampai pitam :)

sabtu kerja setengah ari.. gitu lakan..
pastu ikut mama gan pak andak pi shoping...
kat giant puchong.. cari barang keperluan gan bli baju raya..
baju raya? merangakap baju kerja..
kt tak bli apa2 pun cuma 2 helai tudung :)

mama gan pak andak yg tak nk di kenali hik hik hik :)
tak de gmbr la.. :)


sepupu aku... pantang jumpa kemera..

pastu pi umah ibu huh mkn durian tak hengat dunia kesudahannya kepeningan melanda huhuhu.. kuciwa tak dpt nk tgk FFM sakit pala punya pasal..


gud luck to Aim PMR & tasha SPM tahun ni..
semoga cemerlang keputusan korang amin

kat umah ibu ada 5 ekor kekura.. tp aku amik dua ekor je heee

dlm keadaan pening yg teramat mama anta balik umah 12.30am aku smpi umah..
thanks ma..huh sakitnya pala gantuk!!!

Friday, August 8, 2008

~080808~

1. 080808 tahun ni hari Jumaat, Jumaat Penghulu Segala Hari.

2. Sukan Olympic Bejing Jam 08.mlm 08mimit 08saat..
pembukaan secara rasmi sukan Olympic :)


Maskot Olympic Bejing 2008


**Semestinya Setiap kali Malaysia Mengahantar wakil tentu paling bergaya..segak berbaju Melayu bersamping berbaju kurung dan kebaya..kerana Malaysia Negara berbudaya..kt doakan pasukan Malaysia dpt mengumpul byk pinggat dan berjaya..

Malaysia Boleh!!!!

3. No 8 di angap bertuah pada kaum Cina.. Lebih kurang membawa maksud KEKAYAAN
** sehinggakan bos aku cuti nk sambut kebesaran nombor 08.08.08 ;)

4. Pada aku lak.. tak de apa2 makna lagi.. cuma harap Bahagia Dunia Akhirat.. dan mtk di tambahkan Rezeki.. sama seperti hari-hari biasa doa kaku :)

Al- Fatihah wat Arwah Abah Dan Tuk dan semua ahli keluarga ku..
semoga Roh Mereka di cucuri Rahmat amin..

Thursday, August 7, 2008

kerja, kerja, kerja...

hmmm kerja... ('',)

semakin hari semankin tak de kerja.. projek pun nk abis dah bln 10 ke 11 la mcm tu yg dibertahu.. pasni dok HQ mungkin? kalau tak pun ke site lain.. wah site lain kalo area KL ke selangor tu bleh la kan.. tp kalau jauh2 smpi Kedah je Terengganu ke tak nk la.. kalo Johor nak gak hik hik hik tp tak tahu la harap2 byk la projek tu tahun 2009 di area KL ni jadi tak yah la susah pi jauh2..

ni la antara keja2 yg di buat sepanjang dok sini

dan aku...


masih dok mengambil gambar tak tentu pasal..

bila nk abis projek ni ya???
nak cari kerja baru ke?
--------------------------------------------------------


Monday, August 4, 2008

Hmm Rindu JB 2006 tingal Kenagan!!

Rindu Sgt dengan Kenagan kat JB :)


osmate kat JB termasuk kucing tu :)


antara staff terawal mysys yg membawa kenagan terindah


Thanks Kak Lela!!


Tiga Sahabat...

Friday, August 1, 2008

Melaka Bandaraya Bersejarah


haa beriya semua ni bergambar



Menara Taming Sari RM 10 wat yg ada mykad

Kongsilah!