PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Friday, November 30, 2012

Fatihah @ Alamanda

kali ni cerita buat pertama kalinya fatihah keluar rumah setelah sebulan berpantang. 
sebenarnya maknya yang tak sabar nak merayap tak sangka si anak juga suka langsung tak meragam 
alhamdulillah

 tgk fatihah balik dari jalan-jalan letak atas katil dengan wajah ceria

ni di dokong oleh nenek di alamanda sangat ceria.

mak adik belikan baju baru kat pakson seronoknya baju perempuan

Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe @ Bantal Durian


Assalamualaikum 

sekarang ni bantal durian atau durian crepe tengah popular kan?
teringat masa mengandungkan fatihah teringin sangat nak makan benda ni 
tak ada org jual online macam sekarang ni. 
jenuh google kat mak beli akhirnya jumpa kat ikano 
kedai di beri nama sumptuous dessert tapi kali ini dengan semangatnya ita membuatnya sendiri. 
alhamdulillah jadi. pada kawan2 yang nak cube silakan..
resepinya juga hasil dari makcik google 
kalau nak senang beli yg ni kompom sedap di perakui
klik cerita ita sebelum ni
 http://eitakz.blogspot.com/2012/07/bantal-durian-atau-pancake-durian.html

RESEPI DURIAN CREPE @ BANTAL DURIAN
Bahan² untuk Kulit Penkek
250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan 
1/2 sudu teh garam
Pewarna Kuning secukupnya

Bahan Inti 
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar
(isi durian tu ita tambah sedikit gula dan garam tp ikut suka la eh)

Cara-Cara Membuatnya
KULIT: Masukkn tepung telur santan dan perwarna kuning kacau sebati. selepas itu blanderkan bahan-bahan ini supaya halus kemudian tapis. jika terlalu pekat boleh tambahkan air. selepas itu dadarkan tanpa minyak di atas kuali.

INTI: Isi durian di buang biji letakkn sedit garam dan gula gaul hingga sebati 
whipping Cream pula kacau bersama gula hingga kental 

sesudah itu lipat seperti bantal sejukkan di peti sejuk selama 10 minit dan sila la makan.
selamat mencuba!!!

nota eitakz: buat besar dr saiz asal puas mkn hihihi

Kongsi kasih sayang bersama Kleenex dengan Sumijelly.com

kasih sayang saya pada Nurul Fatihah bersama kleenex mengelap air liur dan membersihkan segala kotoran. kami bersih dengan kleenex.

Thursday, November 15, 2012

tido macam orang besar

 bila tgk gambar ni rasa macam nk geget je si fatihah geram
sementara nk mandi lepas susukn bleh plak dia tido sambil peluk bantal macam ni..
ala2 cute comel...tak sedar yg dia belum sebulan lagi.. 

Wednesday, November 14, 2012

wajah ini


SETIAP KALI TERLIHAT GAMBAR INI 
OTAK ITA TERUS TERNAMPAK BAGAIMANA UNTUK MELAHIRKANNYA
TERASA GEMBIRA HIBA SERONOK BERCAMPUR BAUR 
ALHAMDULILLAH NURUL FATIHAH SELAMAT DI LAHIRKAN 
WALAUPUN ADA DUGAAN.. 

FATIHAH LAHIR PADA 16.10.2012 JAM 2.56 PTG 
FATIHAH LAHIR HAMPIR LEMAS DAN DI MASUKKAN DI UNIT RAWATAN RAPI 
IBU FATIHAH MELAHIRKAN FATIHAH DENGAN MUDAH SECARA NORMAL
DOKTOR CEK LALUAN IBU JAM  10 PAGI  SUDAH BUKA 4CM ALHAMDULILLAH. DAN IBU DI HANTAR KE BILIK BERSALIN JAM 11.00 PAGI WALAUPUN DOKTOR KATA 10 JAM BABY AKAN KELUAR TP FATIHAH BEGITU CEPAT JAM 2.56 FATIHAH SELAMAT DI LAHIRKAN. TAPI DAH TERTULIS URI TERTINGAL DI DALAM IBU FATIHAH DI KEJARKAN KE DEWAN PEMBEDAHAN. DALAM KEADAAN YANG MASIH SAMAR DENGAN KEADAAN FATIHAH IBUNYA MENINGALKANNYA FATIHAH DI BAWA UNIT RAWATAN RAPI BAYI IBUNYA MASIH LAGI MENJALANI PEMBEDAHAN KECIL DI DEWAN BEDAH. 

SEPANJANG PEMBEDAHAN IBU TAK PUTUS DOA SEMOGA ANAK YG BARU DILAHIRKAN SELAMAT DAN SIHAT. SEMASA IBUNYA TAK SABAR UNTUK MELIHAT BAYI YANG BARU DILAHIRKAN TADI REZEKI MASIH TIDAK MENYELEBAHI IBUNYA KERANA KESAN PEMBEDAHAN TADI IBU TIDAK BOLEH GERAK HINGGA JAM 10.00 MLM 

HABIS PEMBEDAHAN MENGELUARKAN URI YANG TERTINGGAL TADI HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA IBUNYA TIDAK DAPAT DI PINDAHKAN KE WAD HATI MERONTA MENAGIS INGIN MELIHAT BAYI KECIL YG DI LAHIRKAN TADI. 

HAMPIR JAM 7.OO PTG BARU IBU DI HANTAR KE WAD TU PUN BUKAN WAD IBU TINGGAL SEBELUM INI. TINGGAL DI WAD PEMANTAUAN PULA TAK KALA ITU CUMA TUHAN JE YG TAHU BETAPA HIBA HATI. 

BILA NAMPAK EN SUAMI SOALAN PERTAMA DAH TENGOK BABY. JAWAPAN SUAMI DIA OK DIA SIHAT TIADA WAYER ATAU APA SAHAJA YG DI LETAKKAN DI BADANNYA CUMA HARUS DI PANTAU KERANA MASA BABY LAHIR DIA LAMBAT NAGIS. DALAM HATI ALHAMDULILLAH LEGA RASANYA WALAUPAN BELUM TATAP WAJAH BABY ITU SEPENUHNYA. 

DOKTOR SURUH IBU TIDO TENGOK FATIHAH PAGI ESOK. WALAUPUN HATI MELONJAK NAK TENGOK FATIHAH OLEH KERANA KESAN UBAT AKHIRNYA IBU TERTIDO. 


DAN KINI FATIHAH MEMBESAR DENGAN SIHAT ALHAMDULILLAH. 
IBU SENTIASA BERDOA SEMOGA FATIHAH SIHAT DAN MEMBESAR DENGAN SIHAT DI JAUHKAN DARI SEGALA PENYAKIT DIMURAHKN REZEKI DAN SEMOGA JADI ANAK YG SOLEHAN AMIN 

Kongsilah!