PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Saturday, February 23, 2013

hepi besday to me

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah Terima kasih Ya Allah kini genap umur 30 tahun di berikan kesihatan untuk menyambuat ulang tahun kelahiran. Saat yang sangat bahagia bila dapat surprise dari orang tersayangkan rasa sangat di hargai alhamdulillah tahun ni tahun ke 2 birthday bersama suami lebih seronok dari masa belum kawin rasa gembira dan bahagia berbunga di hati Terima Kasih abg. Walaupun suami saya seorang yg sibuk dia tetap mencuri masa untuk hari-hari bahagia kami. 
Terima kasih juga buat semua mak, mak mertua, adik-adikku yg tak pernah lupa beri ucapan dari kecik sampai besar. kita selalu bergaduh mulut tapi kasih sayang antara kita sangat kuat sayang korang. buat kakak - kakak ipar dan semua kawan - kawan tersayang yang mendoakan dan memberi ucapan di fb  twitter ,sms, whatsApps dan Call terima kasih banyak hari jadi pada saya semoga kita semua di murahkan rezeki dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki amin. 

Hadiah Paling bermakna ialah bila di ingati atau dihargai oleh suami walaupun rasa bahagia dan hati berbunga. hadiah yg paling sangat bermakna buat ita ialah FATIHAH dia penyeri kebahagian buat kami.tahun lepas besday ibu dia dalam perut tahun ini dia potong kek sekali tahun depan dia dah leh ucap hepi besday ibu insyaAllah. Terima kasih Ya Allah. 

nak tahu kisah saya di surprise oleh en suami dan adik bongsu meh baca blog en Suami http://mfr.jentayu.com/2013/02/23-selamat-ulang-tahun-sayang.html siap ada cerita preparation diorg tu hahahaha.. apa-apa pun terima kasih sayang love u 



Wednesday, February 20, 2013

Perkembangan Bayi dari Umur 0 - 12 bulan


Bulan Pertama: 

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.

Bulan Kedua:

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.
Bulan ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat: 

Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.

Bulan kelima: 

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.


Bulan keenam:

Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.


Bulan ketujuh: 
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".


Bulan Kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.

Bulan kesembilan: 

Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.

Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

buku



assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini kt belajar tentang buku. eh xde la. sebenarnya ibu dia yg suka gambar ini. beriya fatihah tgk gambar tu. seronok dia dapat buku. terima kasih pak usu fatihah sebab belanja fatihah buku dengan voucher buku satu Malaysia banyak buku fatihah borong..

matang tak matang sedia ke tak sedia

assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini nak buat luahan perasaan. tak kisah la kalau ada yang terasa tujuan saya buat blog ni pun untuk membuat luahan perasaankan..

kisah bermula bila berborak dengan sesorang mengatakan suami saya tidak bersedia untuk jadi bapak kepada anak saya..

sedap mulut berkata-kata eh sila tengok diri sendiri sebelum kata orang.  dah bersedia ke jadi bapak atau suami. kalau belum bersedia  jangan kata orang.

ok sampai sini saya diam.  Allah adil kan? tak tunggu mati nk balas akhirnya nmpk juga siapa yg x bersedia untuk jadi bapak bkn saja bapak tapi suami

alhamdulillah

dan baru2 ni kau kata suami aku akan hidup susah kalau mak dia dah tak de nnt. siapa kau nk cakap kami akan susah?

kau tahu gaji aku bape ker?
kau tahu gaji suami aku buat apa?
bayar rumah/makan minum pakai isteri anak dia/bil2 semua bkn mcm kau rumah pun x perlu bayar.  sakit pun tak perlu bayar.  bersyukur dari mendoakan orang yg tak baik.

aku redha lagi kali ini dengan apa yang kau kata aku.  mungkin Allah maha mengetahui dan mungkin satu hari nanti kau pula merasa apa yg aku rasa.


pesanan buat semua
jangan mengata benda yang tak baik benda yg belum tahu lagi akan berlaku. takut nanti balik pada diri sendiri.


alhamdulillah aku bahagia dengan suami dan anak aku.. rezeki keluarga saya melimpah ruah dengan hadirnya puteri sulungku nurul fatihah. terima kasih ya Allah atas nikmat mu ini dan jadikan aku hambamu yg redha dan mensyukuri semua yg telah Kau berikan YaAllah amin.

Kongsilah!