Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya... 
buat semua umat islam.. seronok ke raya.. dah raya ke 11 baru berkesempatan nak mengucapkan Selamat Hari Raya ni. di kesempatan ini ingin memohon maaf buat semua yg mengenali dan seluruh ahli keluarga maaf zahir batin. 

Alhamdulillah dalam keadaan yg membuyung ni ita agak raya sakan la orang kata.. lagi-lagi tahun ni ada suami kan? raya tu lebih banyak  jadi beraya la sampai menggah asyik kerja makan jer.  skali dalam masa seminggu raya berat badan bertambah 3kg hahahah hebat kan? 

oh lupa nak sambung citer bulan puasa.. alhamdulillah berkat doa ibu dapat berpuasa cukup sebulan.. baby pun puasa juga hoyehhhh... 

Raya dah sekarang nak tunggu baby lahir je. tingal sebulan lebih je macam tak caya kan.. rasa macam baru semalam muntah pening tak leh makan x larat nk buat kerja.. letih manjang skali tingal lagi sebulan setengah je baby bleh kuar.. semoga anak ibu dapat lahir dengan sihat sempurna amin..

jom tgk gambar gedik raya ita sekeping cukup la banyak2 segan pula..



Saturday, August 4, 2012

Pedih Ulu Hati Ketika Hamil/Mengandung


Salam, Selamat Pagi Selamat Berpuasa. pagi ni ita pedih ulu hati rasa panas jer perut dengan alor tekak ni. dah muntah rasa masam jer. alahai sakit la macam ini. macam mana nak buat ni. diam je. lagi pun sayang nak batalkan puasa setakat ini ita  belum cuti puasa lagi. nk cuba bertahan ini kalau tak tahan kang terpaksa la buka. ita jumpa artikal pedih ulu hati ni jadi ita tepeklah kat  blog ita ni. mungkin ita pedih ulu hati ni sebab makan roti telor dengan milo pagi tadi hmm.
Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.
Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih  atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan. 
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.
Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
  • Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
  • Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
  • Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
  • Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
  • Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
  • Banyakkan minum air terutamanya air putih.
  • Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
  • Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
  • Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
  • Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
  • Jangan merokok dan meminum alkohol.
Rawatan perubatan untuk pedih ulu hati
Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.
Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.
Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil.

Thursday, August 2, 2012

Balik Kampung

Hujung minggu lepas ita balik kampung bersama suami tersayang dan adik ita yg bongsu. oh dia duduk skali dengan ita sebab dia belajar kat Shah Alam. nak bagi duduk asing kesian pula apasalahnya kan dia duduk sama lagi pun tu je la adik yg ada. yg lain semua dah kawin. untung juga sebenarnya ada adik duduk sekali sekurang - kurangnya dapatlah tolong apa yang patut dalam keadaan ita mengandung hampir 8 bulan ni ringan juga kerja-kerja kat rumah ni. 
 adik bungsu ita dan mak 

cerita pada balik kampung hujung minggu hari itu. bagi nak menyambut puasa ialah raya tahun ni ikut suami raya dengan keluarga dia tak kan la tak balik kampung tengok mak ita dulukan. biasalah adat bersuami memang macam ni la kan. dulu selalu dengar orang yg dah kawin cerita tapi bila dah kawin baru la tahu hehe. seronok sangat lama sangat tak balik kampung sepanjang kawin ada juga balik tp sekadar singah je tak sempat nak lepas rindu. baru kali ini balik dapat borak panjang dengan mak. walaupun selalu telefon mak tak sama rindu yg nak dilepas bila bertentang mata kan.. pada yg belum kawin esok korang tahu lah. sementara korang bujang rajin-rajinlah balik kampung tengok mak ayah korang. 

Bila kita balik kampung benda yg paling seronok sekali 
1. tentulah dapat jumpa mak  peluk cium lepas windu cerita tak abis-abis sepanjang 2 hari tu hehe

2. paling best sekali masakan mak. dah dari kecik kita makan masakkan mak kan.. bila mak masak walaupun hanya ikan goreng nikmatnya terlalu terasa. begitu hebat kuasa ibu yg melahirkan kita 

3. kongsi cerita suka dan duka. dalam adik beradik ita sorang je perempuan  jadi mak la tempat meluahkan segalanya. walaupun tahu benda tu salah tapi ita tak pernah tipu atau bohong mak, mak ni walaupun ita tak buka mulut mak tgk muka ita pun mak tahu apa masalah anak dia. dia tahu anak dia sedih ke apa ke.. semua mak tahu. hebatkan sesorang mak ini. sebab tu saya sayang mak saya.. 

walaupun ita sekarang milik sumai tapi kasih sayang ita pada mak tetap sama. tiada siapa boleh ganti tempat mak. sungguhpun keluarga ita bkn orang yg senang yg setiap masa ada duit bkn rumah batu cantik tapi kasih sayang dan toleransi antara kami adik beradik dah cukup berharga dan semua harta dan kesenangan yg orang lain ada Alhamdulillhah
cinta hati saya i love u my laling :)

sekarang saya bersuami. ita sayang suami ita macam ita sayang mak juga. Alhamdulillah suami sangat memahami ita. Terima kasih abang balik ita balik kampung jumpa mak. seronok sangat dapat jumpa mak. terima kasih sangat-sangat semoga kasih sayang kita kekal ke akhir hayat amin. walaupun dugaan melanda semoga kita tabah hadapi dugaan yang datang insyaAllah.

nota eitakz: sayangilah mak ayah kita sepenuh hati selagi dia bernyawa. hargailah mereka.
PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!