Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal.
"Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.
Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.
Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.
Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).
Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.
sumber: BeritaHarian
Alhamdulillah minyak turun lagi... harap2 harga barang2 pun akan turun...
No comments:
Post a Comment