Sunday, January 23, 2011

Asam Pedas Ikan VS Kari Ayam

salam sayang pada blog pink ku yg cantik dan comey ni..
kesian kan? sepi je. nk wat mcm mn tuan ko malas hehe :)

Citer ujung Minggu yg sangat rajin..
kenapa rajin? sbb tak keluar mana-mana..
kenapa tak pergi mana-mana?
sbb hari khamis masa cuti thaipusam dah keluar satu hari.
kenapa tak keluar jalan2 dengan osmate?
sbb kami bujet ujung bulan hahaha sengal kan..

tapi ita dan housemate sangat rajin untuk memasak,,
sambil menjalankan latihan PRATIKAL tuk masa depan..
nak tahu kami masak pe?
meh jom layan gambar ni...

HARI SABTU LIHATLAH...........
Asam Pedas



HARI AHAD .............
KARI AYAM




Wednesday, January 5, 2011

mari kira tarikh lahir :)


jom kite main kira2 tarikh lahir...
selak2 email ada plak email tetang ni. jadi tak salah la kn kalo kite cube suka je.
jom test hehe

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.


9. Pelakon

- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

p/s: jgn terlalu percaya ok..

Monday, January 3, 2011

ingat dia lagi?




ceritanya klik sini ==>> doakan amira zahida cepat semuh

SEKARANG amira zahida dah sembuh dan semakin sihat, walaupun tiap bulan kena buat check up kat HUKM.. dia semankin berisi dan semankin bijak kesan2 sampingan yg dikatakan dulu nmpk mcm tk de.. Kuasa Allah tiada siapa boleh lawan.. kami trus berdoa semoga tiada kesan sampingan semoga zaza a.k.a jaja (oh lupa ni nama pangilan dia) sihat smpi dia tua nnt..
dia semakin aktif dan bijak.. isi badan pun semakin tebal sekali cepuk mak ai sakit.. yg paling best pas salam harus petik jari.. selagi tak petik selagi tu dia ckp tik tik tik.. tak petik dia cepuk.. apa2pun seronok la layan dia.. meh sini tgk gamar sekarang dia..

belum kawin dah ada love bite!!!




macam mana ni belum kawin lagi dah dpt love bite..
ha jangan marah ek.. gurau je.. umur dh masuk 28 ni.. hormon pun meningkat.. jadi mengarutla sikit.. heee :)

sebenarnya lebam yang ita dpt ni.. hasil dari tersangkut kat kepala paip masa masuk bilik air hari jumaat hari tu.. bukan sapa2 gigit pun.. boleh tahan sakit la.. sementara dia nak jadi hitam ni..

Sunday, January 2, 2011

TRILOGI CINTA start hari ini

teruja dan tak sabar ini sahaja yang dapat di gambarkan. nak tunggu malam ni telenovala TRILOGI CINTA hasil dari novel Sharifah Abu Salim. ini adalah novel kesukaan ita.. tiga2 novel ni ita ada.. ceritanya sangat best.. berharap telenovelanya seperti cerita dalam novel ini..


Selanjutnya dari klik sini.. Budiey.com

TELENOVELA TRILOGI CINTA TARIKAN TERBAHARU PROGRAM RTM 2011

Diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan telenovela terbaharu Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Drama rantaian 40 episod gandingan watak utama lakonan Fouziah Ghous dan Rosyam Nor yang turut mengetengahkan pelakon Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman ini pastinya menjadi daya tarikan kepada penonton setia RTM yang selama ini hanya disajikan telenovela dari luar negara.

Tenyata kelainan yang cuba diketengahkan RTM dalam menghadiahkan program-program menarik terutama drama rantaian ini bakal mencetuskan fenomenanya sendiri apatahlagi masyarakat Malaysia sememangnya gemarkan telenovela yang bukan sahaja membawakan kisah percintaan malah isu kekeluargaan juga dijadikan jalan cerita utama.

trilogi cinta2

Mengangkat plot kisah berlatarkan percintaan di antara orang gaji dengan majikan, telenovela ini menjanjikan babak menarik antara pasangan yang berbeza latar belakang dan darjatnya ini menerusi episod demi episod yang diketengahkan.

Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar.

Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

trilogi cinta1-1

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu.

Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya.

Lalu bagaimanakah kesuadahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah? Untuk itu saksikan Trilogi Cinta mulai 2 Januari 2011, setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

trilogi cinta-1

trilogi cinta3

trilogi cinta4


1 JANUARI 2011

selamat tahun baru.. rumah kesayangkan ku.. yg telah lama bersawang.. kesian kan? nk wt mcm mn.. tuan ko ni malas sejak2 ni... Terima kasih pada kengkawan yg singah..

ok la berbalik pada citer tahun baru ni..
apa yg korang buat?

hari ni ita tgk wayang bersama BUDIEY di KLCC citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..citer dia agak best la kelakar. tapi part yg seram tu akak tak suka.. maklumlah org takut memanglah alasan dia mcm ni..

selesai tgk wayang seperti di janjikan harus ke jusco tu mencari sesuatu yg penting heee :O..

dr klcc ke jusco setiawangsa pastu ke carefour wangsa maju plak.. buat per.. membeli barang keperluan sdri hehe..

huh ari ni terlalu banyak makan... tgh ari mkn nasi.. pas abis wayang makan roti aunte anne's ni tak boleh bla sedap sgt hahaha.. pastu makan lg makan lagi.. mcm ish... bln lepas berat dah turun rasanya bln ni naik lg la huh...

jom layan gambar ni.. kalo yg teringin sila beli heee

** nk cube update blog hari2 chaiyok!!!
PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!