Friday, June 29, 2012

breakfast mudah -biskut hancur dengan telor

tadi pagi selepas en suami pergi kerja tak tahu nak makan apa..
nak masak nasi malas nk mkn sorang2
masak nasi kena masak lauk kan?
jadi tiba-tiba teringat pula makanan
yg en suami selalu buat bila keluarga dia tak de kat umah.
dia kata mak dia ajarkan.. kalo mak dia ajar mak mertua aku la kan.
hahahahah sengal..
oklah meh kongsi skit..


resepi asalnya mcm ni
biskut masin ikut suka cream creaker ke apa2 la tak kisah.. pecahkan dan lembutkan dengan air sikit.pastu pecahkan telor dlm kuali letak biskutnya jgn kacau pusingkan je pastu angkat makan. leh la letak apa korang suka.. sos, serunding ke apa2 la x kisah pastu masuk mulut makan senang kan.. 


yg aku cuba buat pagi tadi  plak mcm ni 


1.setengah biji bawang besar, 
2.seulas bawang putih
3.2 biji cili padi
(bahan 1,2 & 3 di potong halus)
4.biskut hup seng cream creker - 10 keping
5.telor 2 biji
6.daun sup ikut suka.
cara-caranya ialah
satu sudu minyak masak tuk tulis bawang gan cili bg dia layu2 je. selepas tu pecahkan telor  dan masukkan biskut yg telah dipecahkan dan di lembikan td  dlm kuali.. pusing2kan je jgn kacau nnt hancur jadi mcm ita punya agak-agak telo masak taburkan daun sup.. oh lupa ita letak secubit garam buat rasa. tak letak pun x pe sbb biskut tukan dan masin. :)


dan boleh di makan nk letak sos bleh x letak pun x pe sbb dah ada cili hehe.. benda ni sgt2 mengenyangkan..

ais krim neopolitan jam 1.00 pagi

alhamdulillah.. smlm citer pasal ais krim kan..
sekali en suami balik dari kerja jam 1.00 pagi
dia bawa balik aiskrim yg saya nak tu..
terima kasih abg.. love u muahhh 
senyum-senyum sambil joget2 la
dpt mkn aiskrim ni hahaha benggong kan?
oleh kerana dah malam sgt kite pon makan satu sudu je buat rasa.. 
wah baby dlm perut ni pun bergembira gak dapat makan aiskrim 
dia pun bergerak2 bersuka ria..
 smpi ibu dia dah gantk sgt pun dia masih berpesta..
seronok sgt mcm ibu la tu dpt mam sekerem eh.. hik hik hik
tada... ni aiskrim jam 1.00pagi tu...
best kan tp skrg dah jam 1.00 tgh hari masih lom usik lg aiskrimnya..
sabor jer lah..

Thursday, June 28, 2012

saya nak makan ais krim

tiba-tiba dah malam2 ni rasa nk makan ais krim kan.. 
pastu kat umah tak de org en suami kerja tak balik lagi. 
kalau nk soh belikan pun kedai dah tutup hehe tak pe la esk saja.. 
bukan nak sangat pun saja je layan tekak. 
sebab bosan dok kat umah sorang.

hehehe masalahnya tekak ni pandai pulak nak ais krim mcm mana.. 
tahu tak nk ais krim yg tiga warna tu yg ada vanila coklat & stawberi.
ha demand kan? siap search kat makcik google lagi gambo ais krim ni.. 
ni la hasilnya.. 



sedap tak???
nnt bila en suami x kerja sampai malam lagi boleh la pergi beli kan.. 

ohh lagi satu selepas kakdek bg tahu nama ais krim ni neapolitan baru tahu nama dia hahaha ni.. 

Wednesday, June 27, 2012

tahu sumbat kuah kacang mudah

seronoknya mood apa yg masuk ni tiba-tiba rajin update blog hehe :)


oklah kali ni sangat-sangat seronok sebab dapat makan tahu sumbat.. 
sejak kebelakangan ini mak asal telefon je cakap mak buat tahu sumbat.. 
dengan nada jeles aku pun kata " tak jemu ke makan tahu sumbat hari-hari"
 padahal nak hahahhaha
dan hari mood rajin tu masak pun datang tercipta la 


TAHU SUMBAT ALA MAK. 




BAHAN-BAHANNYA :


TAHU 4 KEPING DI POTONG 2 GORENG IKUT SUKA 
TIMUM 
TAUGE
SENGKUANG (kalau nak)
LOBAK MERAH(kalau nak)


KUAH KACANG YG SANGAT SENANG MENURUT MAK DULU DIA JUAL TAHU SUMBAT BUAT KUAH MCM NI.. orang kata sedap aku pun kata sedap kalo nk cube bleh cube ok..


200g KACANG TANAH  DI GORENG
SEBIJI BAWANG BESAR YG SEDERHANA
2 SUDU AIR ASAM JAWA 
2 SUDU CILI SOS (tak kisah jenama apa pun)
KICAP (Fungsi dia sebagai pewarna tak la putih je kuah kacang tu 
1 SUDU BESAR GULA 
SEDIKIT GARAM.
PADA YG SUKA PEDAS BOLEH LA LETAK CILI PADI IKUT SUKA OK 


CARA-CARANYA 
KISAR KACANG YG SUDAH DI GORENG BERSAMA BAWANG DAN CILI. SELEPAS ITU TUANG KE DALAM MANGKUK MASUKKAN 2 SUDU SOS CILI KICAP SAMPAI PUAS HATI DENGAN WARNA KUAH KACANG TU. MASUKAN AIR ASAM GARAM DAN GULA KACAU HINGGA SEBATI. DAN SEDIA TUK DI MAKAN. 



p.e.a.c.e: macam ni hari-hari makan tahu sumbat pun boleh kan hahahaha ;)

Tuesday, June 26, 2012

saya nak rajin..

saya nk rajin tulis kat sini semula.. 
selalunya dulu kat sini tempat saya meluahkan kisah hati.. 
suka mahupun duka.. tp lebih banyak yg suka kot dari duka eh ntahlah.. 
apa pun terjadi saya harus rajin.. kalo mood baik hehe mesti rajin.. 
kalo mood laptop ni baik jugak la.. laptop ni skit punya lembap.. 
nk taip pun kadang2 mood hilang.. maklumlah 2nd hand hahaha :))
bila en suami dh bli MACBOOK.. 
tingal laptop dengan penuh sarat yg blom di format dengan keberatan yg maksimum ni..
bak kata pepatah dari tak de org dh kasi amik jer la kan hahahah.. 
oh lupa SUAMI eh.. saya dah bersuami 6 bln yg lalu hehe.. nnt la kalo rajin kt citer.. 

kita tk nk la guna nota lagi kt guna.. 

p.e.a.c.e : masalahnyaa mampukah aku rajin ni.. jgn poyo jer cukup la.. buat en suami yg tak putus2 hari2 soh update blog saya dah update ni.. hehe :) 

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!