Tuesday, May 17, 2011

AIDA AF9 - Telemovie DAIRI KAKAK SENIOR


info telemovie ni dapat dari aida sendiri..
menurut aida Telemovie bertajuk "DAIRI KAKAK SENIOR" di lakonkan oleh Rozita Che Wan, Shahir & Aida sdri serta beberapa artis lain. dan aida kata telemovie ini akan di siarkan hujung bulan ini di ASTRO.. tak sabar rasanya nak tengok aida berlakon buat kali pertama ni.. yg paling menarik adalah ada pasangan yg paling hangat di gosipkan shahir & Rozita Che Wan..Jalan cerita ni pun ita tak tahu mcm mana. kena tengok la nanti kan.

Mari tgk gambar sekitar pengambaran- gambar dari aida sendiri..


Rozita Che Wan (RCW) & Aida

aida,tomok,fir,alia & shahir

comelkan?

aida & shahir sweet

aida dan tomok

pesanan aida semalam "nnt tgk la saya berlakon telemovie dairi kakak senior!!"

nota eitakz: sebenarnya dan pencen dengan kelab kipas ni.. secara kebetulan jumpa aida di Old Town White Coffee AU2.. dia pun sengeh2 rancak berborak.. dia beritahu tentang telemovie ni. oleh kerana FB dia dah penuh dia add la ita & mintak ita ambil gambar semasa pengambaran telemovie ni. so jom la layan~~~~


Wednesday, May 11, 2011

dugaan...


Dugaan sabar..
dugaan redha..
hmm tp tak tertampung dah..
bertimpa2 benda yg buat aku lg stress
nape???
dari masalah keluarga diri sendiri hingga KERJA..
kenapa?
aku tahu tak semua akan mengaku kesalahan sdri?
tp kata pepatah belajar dari kesilapan kalau tak salah mn tahu..
tp kalau xde rasa mcm mn.. sbb tak terfikir tu kesalahan sdri..
pastu menyusahkan orang lain..
aku???
bila aku tencen je mesti aku sdh..
iya la mengenangkan bebanan kewangan..
masalah dan masalah semua timbul..
tak kan la aku nk kena bg tahu masalah aku
baru org nk faham dan bertimbang rasa kan
aku tahu aku kena kena kuat tabah redha..
banyakan berdoa semoga ada kekuatan tuk aku..
Ya Allah beri kekuatan untuk aku menepuh segala dugaan ini...
dan permudahkan segalanya.. amin

nota eitakz: semoga diri ini terus mendapat keredhaan ilahi amin

Sunday, May 8, 2011

AEON Setiawangsa - Giant Wangsa Maju - Carefour Ampang

huh ari ni jalan sakan eh?
pagi dah kuar pi jusco.. konon2nya nk tgk showcase. dan yg paling best tunggu kol 3.00 ptg.. sbb boleh pergi jalan2 lama tu tak pi jalan2 sejak akademi fantasia start.. apa bleh buat kerjakn? sabor jer lah kan??
AEON Setiawangsa..
sementara tunggu darling i abis kerja.. pi la tgk showcase sambil tu jengah2 ler umah kaca tu tgk HAZAMA hee i like!! tp bkn penyokong tegar ek? sekadar suka2 jer.. lagi pun ari ni ada showcase ramai gak ler bekas2 AF ni.. kiranya antara yg paling popular ada kat situ HAFIZ AF7 la.. ok la best la.. bekas pelajar yg tersingkir dan di gugurkan juga ada.. bila darling abis keja kt org mkn dulu harus eh perut dah lapar :P

Giant Wangsa Maju
kenapa pi sini?
ok la buat lelaki mahupun perempuan yg badan besar... org kata extra saiz la kan? untuk lelaki sehingga saiz 60 ada kat sini ok. segala jenis pakaian ada dr kemeja kerja, kemeja santai, t-shirt, jaket, tali pinggang, kasut, seluar slek dan jeans.. so sapa kata GEMUK tak boleh pakai baju yg cntk kn? tuk yg ppuan pula pun sama.. tp tuk aku? tak berminat nk bli kat sini.. tak tahu kenapa mungkin sbb harga satu dan x bape berkenan kat mata :).. sama juga buat ppuan yg besar dan GEMUK bleh pi kedai ni ok? kedai ni nama dia B.O.S btul2 depan RHB bank dlm banggunan giant sebelah KFC.. td laling i beli 2 pasang seluar dan sepasang kemeja RM 3oo.oo lebih x ingat plak.. kalo ada yg berkenan sila pergi.. SUKA TGK ORANG YG GEMUK DAN BADAN BESAR NI BERGAYA DAN CANTIK :) alamat dia klik sini B.O.S ada banya cawangan.

Carefour Ampang
yg ni mmg ita yg nk pi.. nk bli tissue make up removal.. dan pelbagai guna tu.. sampai trus pi cari benda ni dulu iya murah 3 paket rm 1.99 tengok2 dah tingal 6 je huh.. apa lagi amikla semua he he he :P

ada aku kisah wpun jenama carefour yg penting harga dia berpatutan..

eh satu lagi... xkisah la orang x suka miza AF9 ni.. tp aku suka dia hehe.. bkn sbb dia comel macam ita.. sbb dah terpikat masa konsert tirai dia nyanyi hehe ha ni dia miza comel kan??? mcm kembar plak hehehe

comelkan?? mcm kembaq tak?

Nota eitakz: seblm taip nota harus senyum.. sekarang ita tgh sibuk turunkan berat badan alhamdullillah dah trn 15kg dalam masa 3 bulan.. target ita 60kg ke 70kg pada bulan 12 nnt.. doakan semoga ita berjaya ok amin... dan lagi satu.. bkn senang nk turunkan berat badan ni. semangat kena kuat. tp ita berharap kalo korang gemuk sekali pun x semestinya x leh pakai cantik2 kan? so? tnya diri sendiri ok!!

ADA APA DENGAN SABTU?

pagi, pi joging.. wah joging gitu kan?
dlm jam 7.30 la sampai kat taman tasik ampang.. apa eh nama tasik tu yg boleh nmpk dari mmr2 blah kiri menghala ke gombak.. hehehe sengal tk tahu kan :P... pas balik tu sarapan dan terus plan nk mkn pe. beli la mee segera jenama meggie dan telor.. sampai umah sgt penat baju belum di cuci.. rasa nk terlelap lom sempat terlelap sahabat lama telefon osmate ita ajak tengok wayang.. pada mulanya mmg agak malas. memandangkan badan yang penat dan tak cukup tido minggu lepas memikirkan macam-macam dugaan dan masalah. hmm lupakan... sahaja seketika walaupun setiap kata2 masih bermain2 di fikiran huh.. lupaakaaaannnnnn!!! pls ita lupakan saja!!! semanggat!!

tengah hari akhirnya aku bersetuju untuk tengok wayang kat klcc.. dengan semangat aku pi tuk bersuka ria dan mehilangkn rasa duka dlm hati yg masih basah hmm... kami bersetuju untuk melihat cerita fast forious.. jam 5.30pm masih awal lagi baru jam 3 jadi kt org pun isi perut ikut suka hati masing.. dan jalan-jalan huh ada kedai baru la.... hehe masuk2 jgn tak masuk semua barang separuh harga... mari beli hehe tp dlm byk2 hanya selipar ini je yg menjadi pilihan hatiku.. ops oleh kerana ongkos yg tak de.. harus mintak approve daripd darling dlu.. setelah borang permohonan melalui sms di hantar dah dengan sabar menuggu approve borang itu.. akhirnya PERMOHONAN ANDA BERJAYA!! HOYEYYY!!!!! DPT BELI selipar pink!!..

SELESAI MEMBELI... JADI BUDAK SENGAL YG KONONNYA TAK PERNAH SAMPAI KLCC APA LAGI AMIK GAMBO LERRR... KIRANYA MMG DAH LAMA X JUMPA KUKOI NI.. LAGI LA YG LAIN TU.. NTAH MANA HILANGNYAA :p
dann fast forious sgt best!!! nnt i nk plak gan laling i plak.. cian ia.. kerja tiap2 ari hmm dekat 12jam hmm sabor jer la.. semoga di beri kesihatan yg baik dan panjang umur love u!!

nota eitakz: kesesangan dan kesusahan di berikan kepada setiap hambanya kerana Allah s.w.t sayang pada hambanya.. dan masih mahu hambanya sedar :) bkn menyalahkan takdir dan orang lain atas ujian yg di berikan..

Saturday, May 7, 2011

Hari Ibu - saya sayang mak saya!!!!


Hadiah istimewa along untuk mak???

tunggu...


sebenarnya tiada satu hadiah pun yg mampu di nilai dengan mak.
mak adalah wanita yg hebat.
mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membesarkan
dan mendidik dan semua segi..
tiada apa yg mampu along nilaikan dengan apa juga hadiah mak.
mak wanita yg hebat.. mak wanita yg kuat..
sungguhpun mak sekolah setakat darjah 2.
mak mampu untuk mendidik anak2 mak.
mak tegas dalam semua perkara..
namum macam mana mak xkan ada penggantinya..
Ya Allah Panjangkan umur mak ku..
sihatkan tubuh badan mak ku
berikan kebahagian buat mak ku
permudahkan segala apa juga urusannya..i
mak along sayang mak..
i love u forever..
hari2 sebenarnya hari ibu.. bkn bulan may saja.. hm
nota eitakz: bangga dengan mak.. tabah wpun susah mcm mn mak sabar tuk membesarkan aku dan adik2.. mak mmg hebat muaah!!

layan lagu AIR MATA IBU

Siti Nurhaliza - Air Mata Ibu

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


Thursday, May 5, 2011

S.E.N.T.A.P

SENTAP.. OH SENTAP!!!
sekarang ramai org guna perkataan sentap untuk orang-orang yg mengikut perasaan kan?

kenapa nk citer pasal sentap plak ni.. aku tersentap ke?
jawapannya adalah YA!!!!

dengan siapa?
sesiapa sahaja.. ;P

kenapa sentap?
hatiku terluka..

kenapa terluka?
kerana kamu..

kamu itu merujuk kepada siapa?
biarlah hanya hati je yg tahu?

meluahkan atau lebih baik diam? pada pendapat aku lebih baik aku diam.. daripada pelbagai angapan yg lebih buruk berlalu..

nota eitakz: JIKA MENDONGAK KEATAS JANGAN LUPA PANDANG DI BAWAH.. & HIDUP UMPAMA RODA.. JIKA SEKARANG DI BAWAH SATU HARI NNT TENTU KITA AKAN ADA DI ATAS JUGA.. :) BEGITU JUGA SEBALIKNYA..

Wednesday, May 4, 2011

sayang... sudikan terima diri ini kembali.?



sayang saya rindukn mu...
saya sayang kan mu...
mesti dirimu juga merindukan diriku
semangat dah kembali untuk terus menyangi kamu..
semangat dah kembali untuk terus membelaimu..
lama aku biarkan kan kau tanpa belian ku..
sehinggan ku gantung kau tak bertali hingga hampir setahun..
sayang adakah kau memaafkan aku lagi..
adakah kau akan menerima diri ini kembali..
sayang..
aku berjanji pada mu
bahawa aku akan trus menyayangi mu..
sayang...
terimalah aku kembali...

sayang... sayang.. sayang...

cut..

cukup2 ita oiii...
peace..

wah gile intro x bleh blah
lama betul tak update blog pink kesayangan aku..
kalo dia boleh cakap tentu dah merajuk..
sbb tu la awal2 ita dah pujuk dia.. he he he
kali ini semangat untuk menaip kisah hidup dan kisah harian kembali..
semuanya gara2 membaca buku remaja kanak2 keluaran PTS..
he he he sbb ita remaja la baca buku remaja kan?
ok kali ini blog atau my dairy akan lebih santai dan mengikut gerak hati dengan itu..
ita dah letakkan penegasan di blog ini :o

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

jadi harap lebih memahami.. :)
esk jer la citer dah kol 12.30am ni uish esk lmbt plak g keja.. :)


nota eitakz: sendiri buat sendiri tangung.. jangan salah kan org lain atas kesalahan diri sendiri.. dan jangan puas jika terpaksa hancurkan hati orang lain untuk kegembiraan diri sdri.. peace!!!
PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!