Wednesday, December 5, 2012

Durian Crepe @ Pancake durian @ Bantal durian

assalamualaikum

Durian Crape lagi... tu la tajuknya kali ini sangat berpuas hati dengan rupa rasa semua sekali la syabas dan tahniah buat diri sendiri hahaha bleh gitu..


terima kasih juga buat ibu mertuaku kerana semua jenis barang yg di perlukan untuk buat durian crepe ni ada jadi tingal cari dan buat je. 


resepi asal amik kat sini Spices Journey cuma ita kurangkn 2 tepung sebab tepung tu tak ada di rumah.. tapi rasanya dah cukup sedap walaupun xde 2 lagi tepung tu 

Resepi Durian Crepe

bahagia tepung 

 3 sudu Tepung ubi kayu 
3 sudu tepung kasted
3 sudu tepung jagung 
4 sudu tepung naik sendiri 
4 sudu  tepung hoen kwe jenama nona
3 sudu gula Icing 
1/2 tin susu cair
2 biji telor
1 sudu kecil garam
3 sudu minyak sayur/mentega di cairkn
3 cawan air 
1 satu kecil essen vanila
sedikit pewarna kuning

campur semua bahan di atas kacau rata tapis siap boleh di lempengkan tanpa minyak di kuali

untuk inti memang sepenuhnya amik dari blog ini Spices Journey 

isi durian secukupnya + gula

gaul durian di buang biji bersama sedikit gula jika suka 

1 cawan fresh milk 

B
2 biji kuning telur 
2 sudu tepung jagung
1/4 cawan susu segar 
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil perasa vanila 

C
300g whipping cream 

campur semua bahagian B kacau sebati. guna kan kaedah double boiler masak A dan tuangkan B setelah masak simpan di tepi sejuk ikut resepi 3jam ita buat setegah jam mix bersama C siap sila lipat seperti bantal dan makan.  selamat memcuba pada yg ingin mencuba.

nota eitakz: jenuh jugak nk layan lekat kuali sebab tak de tefal hak hak hak 






PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!