Thursday, November 24, 2011

Menangi Hadiah Lumayan Dalam Cabaran Online MasterChef Malaysia



Hadiah Menarik Di Cabaran Online MasterChef Malaysia
Rancangan realiti masakan terkenal, MasterChef sudah berada di Malaysia. Kini peluang penonton di rumah memenangi hadiah menarik dan lumayan melalui Cabaran Online MasterChef Malaysia menerusi laman sosial Facebook. Penonton hanya perlu masuk ke Laman Facebook MasterChef Malaysia dan bermain permainan yang disediakan.
Hadiah-hadiah mingguan berupa wang tunai RM500 dan Pendrive MasterChef Malaysia sedia untuk dimenangi. Manakala hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1000, barangan eletrik Panasonic serta barangan Apple seperti iPad dan iPod Nano Touch menjadi rebutan.
Dalam permainan ini, peserta perlu mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan suatu hidangan dalam masa yang diberikan. Setiap bahan yang betul akan diberikan markah manakala yang salah akan ditolak markah. Mereka juga berpeluang mendapatkan masa tambahan dengan “menangkap” gambar jam loceng. Dengan masa tambahan ini, peserta berpeluang mengumpul lebih banyak bahan.
Setiap minggu, satu Kod Rahsia akan diberikan melalui rancangan MasterChef Malaysia. Kod Rahsia ini akan muncul di awal dan akhir rancangan. Sekiranya peserta menggunakan Kod Rahsia ini, markah bonus akan diberikan dan peluang untuk mendapatkan hadiah amat cerah.
Layari www.facebook.com/MasterChefMalaysia sekarang untuk menyertai permainan ini sekaligus memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan. Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu hingga Rabu, 9 malam di Astro Ria (104).

IHSAN DARI : www.mohdzaid.com
PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!