Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya & Salam Merdeka!!!

Selamat Hari raya Maaf Zahir & Batin dari eita dan keluarga..
Selamat Menyambut Ulang Tahun Merdeka..

Alhamdulillah masih berkesemapatan menyambut syawal buat tahun ke 28..
ish terlalu letih raya tahun ni.. sampai satu photo aku pun tidak ada dlm kamera biar benar?
itu la hakikatbnya.. tp apakan daya dah xde kan..

ish tak tahu nk tulis pe dah.. ..


nota eitakz: tolong masukan mood raya!!!

Monday, August 22, 2011

zakat Fitrah


Alhamdulillah dah bayar zakat fitrah :)

dah bayar zakat?
raya dah nk dekat ni.
pada yg belum cepat2 pergi bayar ek..


Nota eitakz: InsyaAllah ini zakat yg terakhir saya bayar sendiri.. setelah berhijrah di sini & setelah abah pergi menyambut seruan ilahi ka alam barzakh.. dan selepas ini saya akan di tanggung oleh suami.. mood sayu..

Sunday, August 21, 2011

S.a.H.a.B.a.T ~


Sahabat.. Kawan Baik.. Teman Tapi Mesra..

ntah la mintak maaflah kalo agak keterlaluan atau mengecilkan hati kawan-kawan ita. tp serius di sini sepanjang berkawan dengan orang, ita tak pernah ada sahabat baik.. atau sahabat karib kadang pelik gak. aku ke yg tak reti berkawan atau sebaliknyaa..

tapi...

tiba-tiba.. aku sedar yg sebenarnya aku ada sahabat - kawan sampai mati tu janji kt org.. ntah perkenalan di internet atas nama forum.. umur yg membezakan.. tp membuatkan kami saling memafami. terlalu kuat dan utuh nilai persahabatan yg aku kenal ini.. wpun jumpa setahun sekali tetap mampu merapatkan persahabatan kami..

perkenalan di MSN Groups (dah x wujud pun) dengan nama MSN MY OFFICE GROUP membuatkan nilai persahabatan yg terjalin hampir 10 tahun ni masih segar hingga hari ini.. alhamdulillah baru ku tahu erti dan nilai persahabatan rupanya.. di sini aku tidak mengenali semua.. cukup aku kenal lia, kak leya, kak nopa, kak bad,Maz, abg lan fahmie, kukoi, bijan & sepat.. cukup ini sahaja... tp wpun dengan hanya beberapa org ini.. dan singga hari ini mereka ini juga yg terus menghidupkan suasana... x pernah seditik pun melupakan aku rupanya.. terima kasih.. terima kasih dan sayang tuk korang.. korang mmg best "SAHABAT SAMPAI MATI"

kisah ini akan bersambung.. tunnggguuuuuuu--

Nota eitakz: persahabat antara korang mmg best... nk sambung citer episod seterusnya.. gantuk dahh..

Friday, August 19, 2011

KOC WANITA - "setiap hari ada LELAKI"




KOC Wanita?

pada yg tingal atau berkerja dia perlu menaiki komuter tentu rasa gembira dengan adanya KOC wanita. di sini ita nk kongsi sedikit pendapat terpulanglah pada sesiapa yg tidak boleh terima. alhamdulillah dengan rezeki yang bertambah ita juga mengunakan pengangkutan ini & sentiasa memilih KOC WANITA. selama 19 hari memaiki komuter hari terasa hendak bercerita tetang KOC yg menarik ini :)
sila fahamkan gambar rajah di atas.
(masa sekolah darjah satu lagi dah belajar fahamkan gambar rajahkan?)

KOC wanita - "SETIAP HARI ADA LELAKI" knp?

1. salah satu sebab yg paling ketara adalah masalah pada wanita yg suruh mungkin teman lelaki mungkin suami masuk sekali dengan alasan tak apa boleh sahaja.. kata-kata ini mmg keluar setiap kali mereka hendak masuk ke pintu. mungkin bila ada tindakan dan denda berkuatkuasa baru hendak prihatin mungkin..

2. segelintir daripadanya lelaki yg naik komuter ni warga asing. "MUNGKIN" dia tidak tahu membaca atau segaja suka nak naik tempat yg RAMAI PEREMPUAN kan?

3. hanya di stesen KL Sentral sahaja ada staff yg memantau KOC WANITA ini supaya lelaki tidak masuk.. di stesen lain xde pun boleh suka hati nk duduk mn.(mintak maaf jika salah sbb perjalanan ita hanya dari KL Sentral Ke Batu 3)

4. sikap sesetengah wanita ni kadang2 mencuit hati pula. ialah manalah tak rasa nk gelak. kalau ada lelaki yang duduk di KOC wanita.. satu atau dua org dalam tren buat muka tak puas hati macam marah la konon. selebihnya berdiam diri dan satu dan dua orang sahaja yg akan tegur mtk lelaki itu tukar koc.

5. berbalik pada cerita no 1 td. tidak di nafikan ada juga lelaki yg prihatin dan mugkin malu bila isteri dia kata tak pe boleh saja.. suami dengan sdrinya akan tuka koc.. yg ni mmg ita hargai. TAHNIAH KERANA PRIHATIN!

rasanya setakat ini cerita KOC WANITA.. mungkin lepas ni kt cerita pasal TIME KOMUTER, KOMUTER, SIKAP ORANG YG MENAIKI KOMUTER, & MUNGKIN KTM SDRI.. TUNGGU NEXT EPISOD bila ita rajin hahaha..

nota eitakz: salam ramadan yg ke 19 baru nk update blog tu pun kena paksa dengan darling i hmm malas...


Tuesday, August 9, 2011

PEREMPUAN SATU ANUGERAH




1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapayang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w.,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, August 4, 2011

Sumbangan Untuk Rawatan BBY Q

Baby Q memerlukan bantuan.. mungkin kita nampak dia sihat.. kepada sesiapa sahaja yg inginkan bantuan sila baca surat di bawah:



Nur Khairiyah Binti Ahmad

No. 7, Jalan Jasa 8, Taman Mutiara Rini,

81300 Skudai, Johor

Kepada yang berkenaan; 04 Ogos 2011

___________________________________

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tuan/Puan/Dato’/Datin,

PER: MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PERUBATAN ANAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, anak saya Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq, No kad pengenalan [100510-01-0152] adalah pemegang kad OKU berdaftar, No pendaftaran MD : 01/01/11/000081 telah mengalami sawan ketika berusia 2 minggu selepas dilahirkan dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 21hari. Diagnosis ialah global developmental delay with ,cortical blindness secondary to celebral infarction with hypoxic ischemic injury.Keputusan EEG yang dilakukan juga mengesahkan beliau mengalami infantile spasm. Sehingga sekarang masih mengalami sawan dan masih dalam peringkat awal penggunaan ubattopiramate dan tyroxin.

3. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi kami melakukan rawatan di Kuala Lumpur Hyperbaric Center yang beralamat di No.3, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh KL Hyperbaric, kos rawatan penyakit beliau adalah sebanyak RM8,000 bagi 40 kali rawatan dan kos tersebut tidak termasuk bagi khidmat perundingan, ujian imbasan dan sebagainya

4. Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, rekod perubatan serta lain-lain maklumat yang berkaitan.

(Rujuk lampiran)

5. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun Maybank bernombor151258620005 atas nama Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq.

6. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

……………………………………..

Ibu : Nur Khairiyah Binti Ahmad

H/p : 016-7322757
PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!