PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Tuesday, August 9, 2011

PEREMPUAN SATU ANUGERAH




1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapayang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w.,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

2 comments:

Adem and Cats said...

bagus post nie moga bagi pengajaran & ilmu bagi pembaca.

ademncats

Eita said...

:)

Post a Comment

Kongsilah!