Sunday, December 4, 2011

bunga-bunga cinta...

salamm....
helloww my love ..
hehe kesian kan mak ko nk dah lama tak layan untuk update ko kan.. ok mula hari  kt janji akan update semule.. xmo majuk2 lagi tau...

ohh ada beberapa kisah yg perlu kt jdkan pengajaran tuk diri sdri dan tuk yg mengerti..
kisah bermula begini.. bila kt rasa percaya pada seseorang yg manis mulut sesungguhnya jgn la percaya
sesungguhnya dia adalah duri dalam daging... kerana kepercayaan aku terhadapnya.. untuk membantu.. akhirnya kawan mkn kawan hahahah kesian...

100% apa sahaja kata-kata yg keluar dari mulutnya tidak aku percaya lagi.. aku xde perasaan.. bagi kawan2 dan keluarga yg mengenali aku.. aku orang yg sgt serius.. jika aku tak suka orang tu bkn setakat muka.. suara pun aku xnk dengaar...

apa sahaja yg mereka2 buat pada aku.. aku berserah pada Allah sbb Allah adil dan maha mengetahui..  hari ni mungkin tempat aku sbb Allah sayangkan aku.. Dia tak nk aku berkawan dan menjadi mangsa pada orang2 yg mcm tu.... dia memberi aku petunjuk Alhamdulillah kerana petunjuk dtg dgn cepat sblm aku terjerumus dengan orang yg mcm ni. Terima  Kasih Ya Allah...

sekarang aku jaga keluarga aku.. dan tak payah nk fikir pasal orang2 yg mcm ni kan... semoga Allah panjangkan umur keluarga aku.. sihatkan murahkan rezeki.. dan semoga urusan perkahwinan aku berjalan dengan baik amin....

jom kt mkn dlu..




Thursday, November 24, 2011

Menangi Hadiah Lumayan Dalam Cabaran Online MasterChef Malaysia



Hadiah Menarik Di Cabaran Online MasterChef Malaysia
Rancangan realiti masakan terkenal, MasterChef sudah berada di Malaysia. Kini peluang penonton di rumah memenangi hadiah menarik dan lumayan melalui Cabaran Online MasterChef Malaysia menerusi laman sosial Facebook. Penonton hanya perlu masuk ke Laman Facebook MasterChef Malaysia dan bermain permainan yang disediakan.
Hadiah-hadiah mingguan berupa wang tunai RM500 dan Pendrive MasterChef Malaysia sedia untuk dimenangi. Manakala hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM1000, barangan eletrik Panasonic serta barangan Apple seperti iPad dan iPod Nano Touch menjadi rebutan.
Dalam permainan ini, peserta perlu mengumpul bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan suatu hidangan dalam masa yang diberikan. Setiap bahan yang betul akan diberikan markah manakala yang salah akan ditolak markah. Mereka juga berpeluang mendapatkan masa tambahan dengan “menangkap” gambar jam loceng. Dengan masa tambahan ini, peserta berpeluang mengumpul lebih banyak bahan.
Setiap minggu, satu Kod Rahsia akan diberikan melalui rancangan MasterChef Malaysia. Kod Rahsia ini akan muncul di awal dan akhir rancangan. Sekiranya peserta menggunakan Kod Rahsia ini, markah bonus akan diberikan dan peluang untuk mendapatkan hadiah amat cerah.
Layari www.facebook.com/MasterChefMalaysia sekarang untuk menyertai permainan ini sekaligus memenangi hadiah-hadiah menarik dan lumayan. Saksikan MasterChef Malaysia setiap Sabtu hingga Rabu, 9 malam di Astro Ria (104).

IHSAN DARI : www.mohdzaid.com

Friday, October 21, 2011

Sesi Menglistkan Kawan-kawan

senarai list kawan2 tgh dibuat.. tak tahu la kalo ada yg tertingal.. 
harapnya xde.. dah cek kat fb dah cek kat hp
 kalo ada yg lupa jugak tak tahu la ita ni mmg sengal hehe.. 
hari ni ita dah mula skit email ke msj kawan tuk mtk alamat..
pada kawan2 yg terbaca ni.. tlg ingatkan kalo2 la ita terlupa.. 

NOTA EITAKZ: MOOD MALAS NK BUAT KERJA SBB ESK CUTI YEAHHH!!!


Thursday, October 20, 2011

Ada kebab yeahhh!!!


 Ada kebab yeah!! 
pinjam tag line zura!
hak hak hak kerana terlalu gembira ada kebab zurra trus ada tag line 
hebat! syabas dik teruskan usaha hahaha


tengok kebab ni mengiurkan tak.. mmg sedap..  suka sgt... 
sebenarnya ari isnin ari tu kt orang gi kebab ni tak de. cuti katanya
tiba2 smlm kt org datang smlm dah makan macam2 tba2 ada kebab plak 
tu yg dtgnya tag line zurra ni 
ADA KEBAB YEAHHH!!

hahahha gembira dapat makan kebab.. 
pada yg rasa nk mkn kebab ni 
meh jom ke 
CANAI CAFE
2, Jalan SS15/4
Subang JayaSelangor 47500
03-5632 1279

NOTA EITAKZ: SAMBIL MAKAN KEBAB SAMBIL GOSIP.. SAMBIL GELAK.. SMPI PENAT HEHE.. GILER SENGAL.. CITER NI AKAN BERSAMBUNG SMPI KE ABG BATMAN OK! TUNGGU!!

malas nk layan ... stop!

tak payah nk popular sbb orang lain.. 
nnt Allah balas terduduk kau baru tahu.. 
jgn aniya orang..  Allah tu ada.. 
lagi pesanan aku jgn guna nama org berkepentingan tuk naik kan diri sdri
itu sgt tak bagus.. 
bersederhana la dan rendah diri lg baik... 
kalo ko buat satu benda hasil usaha orang lain cuma nk nama  lupakan ok.
nama tak bawa kemana pun..


Friday, October 14, 2011

terima kasih kak su


teruja & terharu sgt2 dlm memikirkan macam2 tuk majlis yg akan sampai. tiba-tiba dpt call dari kak su.. kak su ni kira antara kawan yg aku rapat la masa kerja kat kampeni lama dlu.. kawan bergosip kawan mengadu.. kiranya semua benda yg terjadi kat opis aku lama tu aku citer gan dia dlu hahaha bespren la konon kan hahaha.. apa aku mengarut ni.. kak su call tanya tema kaler apa so aku gan poyonya jawap purple la mcm tu.. ok pastu di kata dia nk cari bunga telur aku.. ya Allah mmg rezeki la.. pastu dia dah beli.. cntk suka sgt... terima kasih dan sayang kak su.. semoga akak dan keluarga di murahkan rezeki amin.. love u!!!


Thursday, October 13, 2011

hepi day zura!




happy birthday zura.. 
sory lambat post kat blog sbb kakak ko ni 
terlalu malas nk update blog yg comel lg cun ni hehehe 
ok kesempatan ni kak ita nak ucapkan 
semoga panjang umur 
semoga di murahkan rezeki 
semoga jadi anak yg soleh 
semoga cpt dpt jodoh 
semoga baik2 selalu
semoga O hehe menjadi kekasih mu s
semoga dan semoga la.. 
amin 

miss u & love u .. 
kak ita 

Monday, September 26, 2011

B.I.R.T.H.D.A.Y!!!


Happy Bithday to Ms Wang..

Dlu ms wang bos ita..
dlu sll dia sambut birthday ita...
kalo tak sempat dia pun dia akan belikan ais krim tp tu dlu..
sekarang ita dah berenti kerja dari situ...
tak tahu la rasanya terlalu banyak kenagan manis masin pahit
kelat masam gan ms wang.
masa nk berenti dar kampeni tu masih terfikirkan ms wang.. .
tp rezeki ita kat tempat lain x pe la kan.

Hari ini birthday Ms Wang.

Ucapan ita.
semoga panjang umur.. sihat selalu.. dan senyum selalu ok. :)



Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya & Salam Merdeka!!!

Selamat Hari raya Maaf Zahir & Batin dari eita dan keluarga..
Selamat Menyambut Ulang Tahun Merdeka..

Alhamdulillah masih berkesemapatan menyambut syawal buat tahun ke 28..
ish terlalu letih raya tahun ni.. sampai satu photo aku pun tidak ada dlm kamera biar benar?
itu la hakikatbnya.. tp apakan daya dah xde kan..

ish tak tahu nk tulis pe dah.. ..


nota eitakz: tolong masukan mood raya!!!

Monday, August 22, 2011

zakat Fitrah


Alhamdulillah dah bayar zakat fitrah :)

dah bayar zakat?
raya dah nk dekat ni.
pada yg belum cepat2 pergi bayar ek..


Nota eitakz: InsyaAllah ini zakat yg terakhir saya bayar sendiri.. setelah berhijrah di sini & setelah abah pergi menyambut seruan ilahi ka alam barzakh.. dan selepas ini saya akan di tanggung oleh suami.. mood sayu..

Sunday, August 21, 2011

S.a.H.a.B.a.T ~


Sahabat.. Kawan Baik.. Teman Tapi Mesra..

ntah la mintak maaflah kalo agak keterlaluan atau mengecilkan hati kawan-kawan ita. tp serius di sini sepanjang berkawan dengan orang, ita tak pernah ada sahabat baik.. atau sahabat karib kadang pelik gak. aku ke yg tak reti berkawan atau sebaliknyaa..

tapi...

tiba-tiba.. aku sedar yg sebenarnya aku ada sahabat - kawan sampai mati tu janji kt org.. ntah perkenalan di internet atas nama forum.. umur yg membezakan.. tp membuatkan kami saling memafami. terlalu kuat dan utuh nilai persahabatan yg aku kenal ini.. wpun jumpa setahun sekali tetap mampu merapatkan persahabatan kami..

perkenalan di MSN Groups (dah x wujud pun) dengan nama MSN MY OFFICE GROUP membuatkan nilai persahabatan yg terjalin hampir 10 tahun ni masih segar hingga hari ini.. alhamdulillah baru ku tahu erti dan nilai persahabatan rupanya.. di sini aku tidak mengenali semua.. cukup aku kenal lia, kak leya, kak nopa, kak bad,Maz, abg lan fahmie, kukoi, bijan & sepat.. cukup ini sahaja... tp wpun dengan hanya beberapa org ini.. dan singga hari ini mereka ini juga yg terus menghidupkan suasana... x pernah seditik pun melupakan aku rupanya.. terima kasih.. terima kasih dan sayang tuk korang.. korang mmg best "SAHABAT SAMPAI MATI"

kisah ini akan bersambung.. tunnggguuuuuuu--

Nota eitakz: persahabat antara korang mmg best... nk sambung citer episod seterusnya.. gantuk dahh..

Friday, August 19, 2011

KOC WANITA - "setiap hari ada LELAKI"




KOC Wanita?

pada yg tingal atau berkerja dia perlu menaiki komuter tentu rasa gembira dengan adanya KOC wanita. di sini ita nk kongsi sedikit pendapat terpulanglah pada sesiapa yg tidak boleh terima. alhamdulillah dengan rezeki yang bertambah ita juga mengunakan pengangkutan ini & sentiasa memilih KOC WANITA. selama 19 hari memaiki komuter hari terasa hendak bercerita tetang KOC yg menarik ini :)
sila fahamkan gambar rajah di atas.
(masa sekolah darjah satu lagi dah belajar fahamkan gambar rajahkan?)

KOC wanita - "SETIAP HARI ADA LELAKI" knp?

1. salah satu sebab yg paling ketara adalah masalah pada wanita yg suruh mungkin teman lelaki mungkin suami masuk sekali dengan alasan tak apa boleh sahaja.. kata-kata ini mmg keluar setiap kali mereka hendak masuk ke pintu. mungkin bila ada tindakan dan denda berkuatkuasa baru hendak prihatin mungkin..

2. segelintir daripadanya lelaki yg naik komuter ni warga asing. "MUNGKIN" dia tidak tahu membaca atau segaja suka nak naik tempat yg RAMAI PEREMPUAN kan?

3. hanya di stesen KL Sentral sahaja ada staff yg memantau KOC WANITA ini supaya lelaki tidak masuk.. di stesen lain xde pun boleh suka hati nk duduk mn.(mintak maaf jika salah sbb perjalanan ita hanya dari KL Sentral Ke Batu 3)

4. sikap sesetengah wanita ni kadang2 mencuit hati pula. ialah manalah tak rasa nk gelak. kalau ada lelaki yang duduk di KOC wanita.. satu atau dua org dalam tren buat muka tak puas hati macam marah la konon. selebihnya berdiam diri dan satu dan dua orang sahaja yg akan tegur mtk lelaki itu tukar koc.

5. berbalik pada cerita no 1 td. tidak di nafikan ada juga lelaki yg prihatin dan mugkin malu bila isteri dia kata tak pe boleh saja.. suami dengan sdrinya akan tuka koc.. yg ni mmg ita hargai. TAHNIAH KERANA PRIHATIN!

rasanya setakat ini cerita KOC WANITA.. mungkin lepas ni kt cerita pasal TIME KOMUTER, KOMUTER, SIKAP ORANG YG MENAIKI KOMUTER, & MUNGKIN KTM SDRI.. TUNGGU NEXT EPISOD bila ita rajin hahaha..

nota eitakz: salam ramadan yg ke 19 baru nk update blog tu pun kena paksa dengan darling i hmm malas...


Tuesday, August 9, 2011

PEREMPUAN SATU ANUGERAH




1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan
baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapayang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan
Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).
Hendakla­h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila
sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja
yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12.Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w.,
"Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah
s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh
rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, August 4, 2011

Sumbangan Untuk Rawatan BBY Q

Baby Q memerlukan bantuan.. mungkin kita nampak dia sihat.. kepada sesiapa sahaja yg inginkan bantuan sila baca surat di bawah:



Nur Khairiyah Binti Ahmad

No. 7, Jalan Jasa 8, Taman Mutiara Rini,

81300 Skudai, Johor

Kepada yang berkenaan; 04 Ogos 2011

___________________________________

Assalamualaikum wrt. wbt.

Tuan/Puan/Dato’/Datin,

PER: MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN BAGI PEMBIAYAAN KOS RAWATAN PERUBATAN ANAK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, anak saya Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq, No kad pengenalan [100510-01-0152] adalah pemegang kad OKU berdaftar, No pendaftaran MD : 01/01/11/000081 telah mengalami sawan ketika berusia 2 minggu selepas dilahirkan dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 21hari. Diagnosis ialah global developmental delay with ,cortical blindness secondary to celebral infarction with hypoxic ischemic injury.Keputusan EEG yang dilakukan juga mengesahkan beliau mengalami infantile spasm. Sehingga sekarang masih mengalami sawan dan masih dalam peringkat awal penggunaan ubattopiramate dan tyroxin.

3. Justeru itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menghulurkan sumbangan bagi kami melakukan rawatan di Kuala Lumpur Hyperbaric Center yang beralamat di No.3, Taman Tasik Titiwangsa,53200 Kuala Lumpur. Sebagaimana yang dimaklumkan oleh KL Hyperbaric, kos rawatan penyakit beliau adalah sebanyak RM8,000 bagi 40 kali rawatan dan kos tersebut tidak termasuk bagi khidmat perundingan, ujian imbasan dan sebagainya

4. Bersama surat ini disertakan beberapa salinan dokumen seperti maklumat peribadi, rekod perubatan serta lain-lain maklumat yang berkaitan.

(Rujuk lampiran)

5. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan kepada beliau melalui Akaun Maybank bernombor151258620005 atas nama Puteri Nur Iman Qasrina Binti Mohammad Shafiq.

6. Segala jasa baik dan perhatian yang diberikan mudah-mudahan akan mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

……………………………………..

Ibu : Nur Khairiyah Binti Ahmad

H/p : 016-7322757

Sunday, July 31, 2011

salam Ramadhan

(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥ (◕‿◕✿)

jangan lupa niat

Lafaz niat ringkas: نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadan kerana Allah Taala.
Lafaz niat lengkap: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat sebulan: نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Saturday, July 30, 2011

SeLamAt TinGGal :)


Akhirnya sampai tarikhnyaa..
selamat tingal kawan2 di office Damansara Jaya..
sesungguhnya aku sayang sangat korang..
tapi rezeki aku kat tempat lain.
tapi tak pe bila2 nnt kite jumpa ok..
apa pun aku mtk maaf atas segala salah dan silap makan minum mtk di halalkan..
sesungguhnya terlalu berharga pengalaman berkerja di sini dan persahabatan antara kita..
aku sayang korang!!
account dept sentiasa di hati...

ni minah senget yg sengal & blurr sentiasa tp kalo ajak amik gambo paling suka. :P

ni makan perpisahan la kan konon2.. nsb baik tk berderai air mata aku.. ish



Thursday, July 21, 2011

Today is SUBWAY DAY!


makan lagi?
Alhamdulillah rezeki lagi... semalam pizza hari ni subway plak..
xde pe yg menarik pun.. menda ni terjadi kerana ms wang ada kupon buy 1 free 1.
oleh kerana tak boleh beli sub of the day. jadi ita membuat pilihan tuk subway club..
tapi rasa tuk tekak ita x best la subway club ni..
haa ni makan dia.. hehe..

meh ita citer skit bagi mereka yg tak pernah atau tak tahu nk mkn subway..
untuk org yg tak mkn sayur anda adalah org yg rugi tuk ke subway.
ok subway ni dia ada 7 menu 7 hari tuk dapatkan diskaun setiap hari lain menu dia
tgk la ek gamba ni.
klik sini untuk info lain SUBWAY MALAYSIA


nota eitakz: hari-hari makan subway pun xpe leh kurus cepat hi hi hi... ingt kaya ke?

Wednesday, July 20, 2011

Domino's Pizza!

layan pizza plak ish asyik makan jer tau...
sebenarnya makan pizza ni sbb salah sorang staff kat opis ni ada kad.
kad dia ni membolehkan beli satu percuma satu.. jadi beli 3 pizza ada 6 perasa :P

bykknyaa pizza kite...

peace dlu seblm makan hehe

makan beramai- ramai yg keluar yg MC mtk maaf ek... nnt kt mkn lagi

nota eitakz: diorg ni aku nk berenti mcm2 plak pesta makannya.. hari ni pizza esok subway.. tu la namanya rezeki :) alhamdulillah

Tuesday, July 19, 2011

Angry Birds huh!


Penyakit, trend angry birds melanda!
termasuk diri ini walaupun main angry birds ni tak lepas2 hahaha apa yg menariknya..
ita terjebak dengan fenomena ini.. hehehe jom tengok koleksi yg ita ada..

peace baju angry birds comel kan la la la

nan ado!!! mcm nk tambah lg.. sebenarnya suke kaler hijau tu.. tapi hijau tu pig la haram ;)
kawan2 saya juga ada baju angry bird

Nota eitakz: jangan sampai membazir.. membeli ikut keperluan.. bukan kehendak :)

Monday, July 18, 2011

"Ros untuk Selamanya" Festival Flora 2011

Alhamdulillah..
hari teakhir dapat juga menjejakkan kaki ke festival flora 2011 Putrajaya...
walapun banyak ros yg hampir layu.. tapi tetap seronok.. pertama kali menjejakkan kaki kat sini memang sangat2 teruja.. terima kasih my darling..
hehehe comel la kite mcm bunga yg warna warni tu..

wajah2 kesayangan haha... sekitar kawasan :) mcm2 rupa ada da..
dan harus ada semangat negeri kan Johor negeri ku.. hasil dari kerajaan negeri Johor. sangat cantik!

nota eitakz: rasanya tahun depan kalo ada lagi nak pi.. tapi nak ke di layan lagi harapannya macam ada tp tak tahu la kan :) jalan sambil hiburkan hati..

Sunday, July 17, 2011

Terima Kasih & Kasih Sayang


Terima kasi atas kasih sayang..
terima kasih atas segalanya

Terima kasih buat mak kerana melahirkan dan membesarkan along.. terima kasih jasa mak tak pernah hilang dalam diri ini tiada apa yg dpt along balas. terima kasih mak.. terima kasih kerana sentiasa bersama along wpun along dalam keadaan sedih dan penat terima kasih dan kasih sayang.

Terima kasih Buat mak ina.. yg sama2 menyelami keperitan semasa kesusahan kami sekeluarga dan sehingga kini masih membantu.. terima kasih! terima kasih atas seponser iklan keli untuk majlis pertunangan along ari tu. terima kasih! semoga along gak dpt membalasnya satu hari nnt atas pengorbanan mak ina selama ini.

Terima kasih buat Mak Teh(Mak) terima kasih atas segalanya.. terima kasih sbb buatkan majlis pertunangan along sgt menarik dan meriah! terima kasih sgt atas pelamin yg cantik tenaga dan sebagainya terima kasih dan sayang.

Terima kasih Umi.. terima kasih atas tambahan hantaran dan membantu along buat hantaran terima kasih sgt2 pasni leh buat along hantaran nikah plak :) along suker..

Terima Kasih buat mak id (ibu) terima kasih atas make up yg cantik.. yg tak pernah along sangka akan nmpk menarik mcm tu terima kasih

terima kasih mak tini atas seponser kek.. dan hantarkan along balik.. terima kasih sgt2... terima kasih dan sayang

Terima kasih buat mama.. yg sgt meriah dan membantu menyambut keluarga belah paan.. terima kasih mama... mama mmg best masa tu.. hehe

Terima kasih pak su.. pak cik nuar, pak andak kerana memeriahkan suasan.. terima kasih

terima kasih buat adik2 ku.. arip & fiza.. membantu kak long mengemas umah.. mengemop wpun korang penat baru balik kerja.. terima kasih iman dan yana.. yg jadi transpoter hantar kak long sana sini.. terima kasih adik aim sbb balik kampung wpun baru habis induksi! terima kasih dan sayang buat korang

Terima kasih sepupu tersayang ila dan suami.. tp mmg ko sorang jer sepupu aku yg besar yg lain semua kecik2 lagi hehe :P terima kasih tenaga dan pertolongan ko.. seronok!

Terima kasih buat pak anjang gan mak anjang.. terima kasih atas segala pertolongan korang.. terima kasih :)

Terima kasih buat keluarga paan yg memeriahkan majlis.. Alhamdulillah majlis pertunagan kami berjalan dengan baik sekali..


Terima kasih atas segalanya semoga Allah permurahkan lagi rezeki kita amin...




Saturday, July 16, 2011

Majlis kesyukuran


Alhamdulillah..
selesai majlis kesyukuran buat diri aku.. terasa dalam mimpi pun ada.
iya la siapa sangka. benda yg tak pernah aku fikirkan setelah abah meningal dunia.
diri ini hanya di berikan tuk adik2 dan mak sahaja. Bersyukur kerana hati ini terbuka untuk diri sendiri alhamdulillah.
Majlis merisik dan bertunang untuk diri aku. pada 10.07.2011 jam 12.oo tgh hari. sangat membuat aku teruja. iya la selalu temankan kawan2 je. paling kerap temankan makcik2 aku jer la.. haha lawak giler pucat biru kaki tangan aku bila tahu keluarga PaanMFR dan sampai. memangla aku ni darah gemuruh skit.. tp aku lawan dan bersabar.. terima kasih atas keyakinan yg di berikan oleh keluarga dan kak rin..

sehingga hari ini sgt letih dan memenatkan. apa pun tetap gembira...

nota eitakz: bersabar.. rezeki ada di mana2

Friday, June 17, 2011

kehidupanku


kini usia aku dah pun menjangkau 28 tahun.
oh kak long dah nk 30 rupanya..
tua ke? muda ke? baru hahir ke? semua ni x penting
yang penting amal dah cukup.
dah balas budi ibu bapa?
dah doakan abah setiap masa? ini lagi penting...
INGAT!!
ALLAH MEMBIRI DUGAAN DAN KESUSAHAN PADA SESEORG BUKAN UNTUK MELETAKKAN KESALAHAN PADA ORG LAIN TP DIA NK KITE SEDAR JALAN YG KT PILIH TU SALAH DAN MULAKAN HIDUP BARU DENGAN JALAN YG BETUL.. TERIMA LA HAKIKAT SEMUANYA HANYA UNTUK MENYEDARKAN..



Tuesday, May 17, 2011

AIDA AF9 - Telemovie DAIRI KAKAK SENIOR


info telemovie ni dapat dari aida sendiri..
menurut aida Telemovie bertajuk "DAIRI KAKAK SENIOR" di lakonkan oleh Rozita Che Wan, Shahir & Aida sdri serta beberapa artis lain. dan aida kata telemovie ini akan di siarkan hujung bulan ini di ASTRO.. tak sabar rasanya nak tengok aida berlakon buat kali pertama ni.. yg paling menarik adalah ada pasangan yg paling hangat di gosipkan shahir & Rozita Che Wan..Jalan cerita ni pun ita tak tahu mcm mana. kena tengok la nanti kan.

Mari tgk gambar sekitar pengambaran- gambar dari aida sendiri..


Rozita Che Wan (RCW) & Aida

aida,tomok,fir,alia & shahir

comelkan?

aida & shahir sweet

aida dan tomok

pesanan aida semalam "nnt tgk la saya berlakon telemovie dairi kakak senior!!"

nota eitakz: sebenarnya dan pencen dengan kelab kipas ni.. secara kebetulan jumpa aida di Old Town White Coffee AU2.. dia pun sengeh2 rancak berborak.. dia beritahu tentang telemovie ni. oleh kerana FB dia dah penuh dia add la ita & mintak ita ambil gambar semasa pengambaran telemovie ni. so jom la layan~~~~


PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!