PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Sunday, November 14, 2010

Bila Nak Raya je............

bila nk raya je mula la... terfikir kalo abah ada lagi... mesti best.. mcm2 abah buat...
tapi tak baik kan fikir mcm ni.. selama abah meningal dunia 5 tahun ni serius la selalu rindukan abah. kadang-kadang timbul rasa kenapa abah tingalkan kami terlalu cepat.. tp semua tu dah di tentukan oleh Allah S.W.T aku sebagai hambanya terima dengan kententuannya..

mengimbau kembali.
Arwah abah kembali kepada penciptanya semula ketika ita dan adik2 masih agak muda lagi iya la masa tu aku baru 22 bkn tahu nak berdikari sangat pun kalau tak de duit pun masih mintak kat abah.. jasa dan penat lelah abah besarkan aku pun tak terbalas lagi.. along sentiasa ber doa abah tenang kat sana.. di tempatkan dikalangan org-org yg soleh dah beriman amin..

abah pergi masa aku berjanji nk berjalan sekeluarga.. iya la sepanjang kami adik beradik aku dah besar. lama kita tak pi mandi manda kat air terjun.. jadi aku membuat janji dengan arwah abah nk pi gunung ledang.. hati aku sgt gembira.. beriya aku soh adik2 aku balik kumpul kat rumah sbb nk pi berkelah hehe seronoknya..

arwah abah meningal pada hari sabtu jam 4.oo pagi.. pada pukul 1o.oo mlm aku sempat telefon abah tuk kompomkan kan yg hari ahad tu jadi.. suara seperti orang menahan sakit.. aku sempat tnya abah sakit ke? abah kata tak la.. masa aku tanya abah ahad nnt jadi ke? abah iya kak long.. ni diantara kenangan terindah yg aku ada dengan arwah abah.. tingal lebih kurang 5 jam abah nk tingalkan kami.. aku sempat bercakap dengan abah.. terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepda hambamu ini..

perkelahan tu tak jadi.. kami berkelah di hospital dan tanah perkuburan.. jam 10 pagi semuanya sudah selalai.. abah dah selamat di kebumikan.. tingallah abah di sana.. abadi buat selamanya.. AL -FATIHAH BUAT ABAH TERSAYANG KAMARULZAMAN BIN JAFFAR SEMOGA TENANG DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN HAMBANYA YG BERIMAN AMIN

buat kengkawan adik-adik dan sesiapa sahaja:
sayangi la mak dan abah. bila dia dah tak de nnt tak de apa pun yg bleh mengantikan tempatnya.. sesungguh ayah dan ibu permulaan kita kenangla jasa meraka.. jgn sampai terlambat.. restu mak ayah menyempurnakan hidup kita.. tak de mak dan abah yg nk tgk anak2nya susah...

1 comment:

Post a Comment

Kongsilah!