Showing posts with label Kenagan Terindah. Show all posts
Showing posts with label Kenagan Terindah. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Bila Nak Raya je............

bila nk raya je mula la... terfikir kalo abah ada lagi... mesti best.. mcm2 abah buat...
tapi tak baik kan fikir mcm ni.. selama abah meningal dunia 5 tahun ni serius la selalu rindukan abah. kadang-kadang timbul rasa kenapa abah tingalkan kami terlalu cepat.. tp semua tu dah di tentukan oleh Allah S.W.T aku sebagai hambanya terima dengan kententuannya..

mengimbau kembali.
Arwah abah kembali kepada penciptanya semula ketika ita dan adik2 masih agak muda lagi iya la masa tu aku baru 22 bkn tahu nak berdikari sangat pun kalau tak de duit pun masih mintak kat abah.. jasa dan penat lelah abah besarkan aku pun tak terbalas lagi.. along sentiasa ber doa abah tenang kat sana.. di tempatkan dikalangan org-org yg soleh dah beriman amin..

abah pergi masa aku berjanji nk berjalan sekeluarga.. iya la sepanjang kami adik beradik aku dah besar. lama kita tak pi mandi manda kat air terjun.. jadi aku membuat janji dengan arwah abah nk pi gunung ledang.. hati aku sgt gembira.. beriya aku soh adik2 aku balik kumpul kat rumah sbb nk pi berkelah hehe seronoknya..

arwah abah meningal pada hari sabtu jam 4.oo pagi.. pada pukul 1o.oo mlm aku sempat telefon abah tuk kompomkan kan yg hari ahad tu jadi.. suara seperti orang menahan sakit.. aku sempat tnya abah sakit ke? abah kata tak la.. masa aku tanya abah ahad nnt jadi ke? abah iya kak long.. ni diantara kenangan terindah yg aku ada dengan arwah abah.. tingal lebih kurang 5 jam abah nk tingalkan kami.. aku sempat bercakap dengan abah.. terima kasih Ya Allah kerana memberi kesempatan kepda hambamu ini..

perkelahan tu tak jadi.. kami berkelah di hospital dan tanah perkuburan.. jam 10 pagi semuanya sudah selalai.. abah dah selamat di kebumikan.. tingallah abah di sana.. abadi buat selamanya.. AL -FATIHAH BUAT ABAH TERSAYANG KAMARULZAMAN BIN JAFFAR SEMOGA TENANG DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN HAMBANYA YG BERIMAN AMIN

buat kengkawan adik-adik dan sesiapa sahaja:
sayangi la mak dan abah. bila dia dah tak de nnt tak de apa pun yg bleh mengantikan tempatnya.. sesungguh ayah dan ibu permulaan kita kenangla jasa meraka.. jgn sampai terlambat.. restu mak ayah menyempurnakan hidup kita.. tak de mak dan abah yg nk tgk anak2nya susah...

Wednesday, January 6, 2010

TERUJA...train aliran kelana jaya yg baru


salam

hari ni sgt teruja
bila balik keja dpt naik tren
aliran kelana jaya yg baru dan panjang...
senok sgt sepanjang 7 hari beroperasi ini
la kali pertama ita dpt naik..
rasanya bkn ita sorang jer yg teruja
tp rasanya mcm semua org tersenyum-senyum
sendiri bila dpt naik tren baru..
maklumla panjang plak tu...
ok la ni ita kongsi skit info dr web rapidkl ok
gmbr amik guna handphone tak jelas sgt..
tp bleh la tuk jamu mata

muka terujaku mesti la ada kan hik3

gitu la keadaan dalam dia...
rasa nk lari dr ujung sana sampai ujung sini..
ok laaaa star pun panjang gak kn..
tp star ada sekat2 putra ni terus je menanjang..
harap2 esk dpt lg.. hehehe :P
peace muah ..
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


FACT SHEET OF 4-CAR TRAIN

Background

Supplier: Bombardier Hartasuma Consortium

Expected to be in operations end 2009


Exterior Dimensions

Height TOR (Top of Rail) to top of air conditioning: 3.440 m

Width of car: 2.65 m

Length of 4 car train, coupler to coupler faces: 67.1 m

Width of clear door opening: 1600 mm

Height of door opening: 1910 mm

Number of seats per car: 32

Speed

Maximum normal operational speed: 80 km/h

Maximum peak operating speed: 90 km/h

Curvature

Minimum curve radius, mainline: 70 m

Minimum curve radius, depot: 50 m

Capacity per car

(standees + seated)

@ 4 pass./m2 (2.7 sq.ft./pass)

102 + 32 = 134

@ 6 pass./m2 (1.8 sq.ft./pass)

153 + 32 = 185

@ 8 pass./m2 (1.35 sq.ft./pass)

204 + 32 = 236

SUMBER KLIK SINI: RAPIDKL


Saturday, August 23, 2008

Kenagan Terindah

"bila dah tertulis untukku adalah yg terbaik untukku.. kan ku jadikan kenagan yang terindah.."(lirik ni saja kt tukar)

Mysys JB 2006


Taman Negara Malaysia Pahang 2005


Kuala Gandah, Lancang Pahang 2007


Melaka Bandaraya Bersejarah 2008


myOffice Msn Groups 2003
Credit Pic to : LIA


"Team Bereeh" HelizaBereh 2007


The Totoni's Club 2008

Mengenali kalian membuatkan kite bleh matang.. dan lagi berfikir panjang.. pahit manis suka duka kehidupan dpt kite pelajari.. ketika umur menjakau 25 tahun.. byk kenagan pahit dan manis.. semuanya kite satukan menjadi kenagan terindah.. Terima Kasih!!

untuk kita sdri.. Semoga kite Terus tabah dengan dugaan dan cubaan hidup.. apa pun terjadi hidup perlu di teruskan.. belajar tuk terus memaafkan orang lain mengaku kesilapan sdri.. semoga yg terbaik tuk diri kita..amin~

p/s: sepatutnya banyak lagi gambar.. tp tu la ext HDD kt jatuh kebabooo.. gambar2 semua tk dpt di selamatkan nasib baik ada FS dan MS huhuhu :)

SAYANGI KELUARGA.. KERANA KELUARGA LEBIH DARI SEGALANYA!
buruk mcm mn pun baik mcm mn pun keluarga tetap menerima kt..

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!