Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe @ Bantal Durian


Assalamualaikum 

sekarang ni bantal durian atau durian crepe tengah popular kan?
teringat masa mengandungkan fatihah teringin sangat nak makan benda ni 
tak ada org jual online macam sekarang ni. 
jenuh google kat mak beli akhirnya jumpa kat ikano 
kedai di beri nama sumptuous dessert tapi kali ini dengan semangatnya ita membuatnya sendiri. 
alhamdulillah jadi. pada kawan2 yang nak cube silakan..
resepinya juga hasil dari makcik google 
kalau nak senang beli yg ni kompom sedap di perakui
klik cerita ita sebelum ni
 http://eitakz.blogspot.com/2012/07/bantal-durian-atau-pancake-durian.html

RESEPI DURIAN CREPE @ BANTAL DURIAN
Bahan² untuk Kulit Penkek
250 gm tepung gandum
3 biji telur - Grade A
500 ml santan 
1/2 sudu teh garam
Pewarna Kuning secukupnya

Bahan Inti 
Whipping Cream + Gula - manis ikut citarasa
Isi durian secukupnya - lumat kasar
(isi durian tu ita tambah sedikit gula dan garam tp ikut suka la eh)

Cara-Cara Membuatnya
KULIT: Masukkn tepung telur santan dan perwarna kuning kacau sebati. selepas itu blanderkan bahan-bahan ini supaya halus kemudian tapis. jika terlalu pekat boleh tambahkan air. selepas itu dadarkan tanpa minyak di atas kuali.

INTI: Isi durian di buang biji letakkn sedit garam dan gula gaul hingga sebati 
whipping Cream pula kacau bersama gula hingga kental 

sesudah itu lipat seperti bantal sejukkan di peti sejuk selama 10 minit dan sila la makan.
selamat mencuba!!!

nota eitakz: buat besar dr saiz asal puas mkn hihihi

No comments:

Post a Comment

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!