Thursday, August 2, 2012

Balik Kampung

Hujung minggu lepas ita balik kampung bersama suami tersayang dan adik ita yg bongsu. oh dia duduk skali dengan ita sebab dia belajar kat Shah Alam. nak bagi duduk asing kesian pula apasalahnya kan dia duduk sama lagi pun tu je la adik yg ada. yg lain semua dah kawin. untung juga sebenarnya ada adik duduk sekali sekurang - kurangnya dapatlah tolong apa yang patut dalam keadaan ita mengandung hampir 8 bulan ni ringan juga kerja-kerja kat rumah ni. 
 adik bungsu ita dan mak 

cerita pada balik kampung hujung minggu hari itu. bagi nak menyambut puasa ialah raya tahun ni ikut suami raya dengan keluarga dia tak kan la tak balik kampung tengok mak ita dulukan. biasalah adat bersuami memang macam ni la kan. dulu selalu dengar orang yg dah kawin cerita tapi bila dah kawin baru la tahu hehe. seronok sangat lama sangat tak balik kampung sepanjang kawin ada juga balik tp sekadar singah je tak sempat nak lepas rindu. baru kali ini balik dapat borak panjang dengan mak. walaupun selalu telefon mak tak sama rindu yg nak dilepas bila bertentang mata kan.. pada yg belum kawin esok korang tahu lah. sementara korang bujang rajin-rajinlah balik kampung tengok mak ayah korang. 

Bila kita balik kampung benda yg paling seronok sekali 
1. tentulah dapat jumpa mak  peluk cium lepas windu cerita tak abis-abis sepanjang 2 hari tu hehe

2. paling best sekali masakan mak. dah dari kecik kita makan masakkan mak kan.. bila mak masak walaupun hanya ikan goreng nikmatnya terlalu terasa. begitu hebat kuasa ibu yg melahirkan kita 

3. kongsi cerita suka dan duka. dalam adik beradik ita sorang je perempuan  jadi mak la tempat meluahkan segalanya. walaupun tahu benda tu salah tapi ita tak pernah tipu atau bohong mak, mak ni walaupun ita tak buka mulut mak tgk muka ita pun mak tahu apa masalah anak dia. dia tahu anak dia sedih ke apa ke.. semua mak tahu. hebatkan sesorang mak ini. sebab tu saya sayang mak saya.. 

walaupun ita sekarang milik sumai tapi kasih sayang ita pada mak tetap sama. tiada siapa boleh ganti tempat mak. sungguhpun keluarga ita bkn orang yg senang yg setiap masa ada duit bkn rumah batu cantik tapi kasih sayang dan toleransi antara kami adik beradik dah cukup berharga dan semua harta dan kesenangan yg orang lain ada Alhamdulillhah
cinta hati saya i love u my laling :)

sekarang saya bersuami. ita sayang suami ita macam ita sayang mak juga. Alhamdulillah suami sangat memahami ita. Terima kasih abang balik ita balik kampung jumpa mak. seronok sangat dapat jumpa mak. terima kasih sangat-sangat semoga kasih sayang kita kekal ke akhir hayat amin. walaupun dugaan melanda semoga kita tabah hadapi dugaan yang datang insyaAllah.

nota eitakz: sayangilah mak ayah kita sepenuh hati selagi dia bernyawa. hargailah mereka.

2 comments:

  1. diam x diam dah 8 bulan ye eita..
    wah x lama dah baby nk kuar tu..
    agak2 sempat nk makan ketupang lemang ms raya ni :p

    ReplyDelete
  2. haah kak ret lagi 2 minggu cukup la 8 bulan.
    tu la rasa mcm kejap je rasa mcm baru je tahu.. tba2 dah 8 bln hahaha.. sempat lagi kak kalo ikutkan dia kuar bln 10

    ReplyDelete

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!