Monday, October 20, 2008

Kampung Bandar Bersejarah

Sabtu hari tu saya ke Kampung Bandar Kuala Langat Selangor.. teruja bila masuk saja kampung Bandar hati ku trus rasa teruja melihat sebuah istana lama tersergam indah.. Memang cantik.. tp timbul tanda tanya kenapa di tutup? kenapa tak dibuka untuk org ramai.. ala-ala muzium ke gitu... menurut cerita orang kat situ.. ramai org yg ambil gambar kat situ akan nmpk mcm2 kat gmbr tu,,, mengikut niat mereka la.. kalo niatnya baik akan nampak benda yg baik.. katanya ada org amik gambar dengan niat yg baik kat situ bila di transfer ke komputer nmpk bayangan permaisuri hmm btul atau tidak tu.. saya tak pasti.. hanya org yg mengalami je tahu... kalo niat tak baik akan nmpk benda yg tak baik katanya seperti harimau ke mcm tu la.. heee tak nk tanya banyak - banyak sabab takut.. dan pengalaman saya sdri.. bila sampai di situ.. hati jadi berdebar.. tak tahu nape.. kamera ada di tangan.. tp hati langsung tak de perasaan nk snap.. mcm ada rasa sesuatu.. dua kali lalu situ.. tp ntah la mulut tak terkeluar tuk minta di berhentikan kereta untuk mengambil gambar istana ni.. padahal cerita-cerita yg saya dapat dr orang kampung ni... selepas saya melalui istana lama ni.. tp mungkin perasaan je kot.. ntah la.. Selain Istana masjid dia pun cantik ala-ala istana gak.. unik :) masjid ni terletak beberapa meter dari istana ni.. apa-apa pun saya cari gambar2 Istana Bandar dan Masjid melaui google akhirnya ketemu.. seronok sgt sbb ada gambar yg btul2 dr dlm pagar istana.






Sedikit Sejarah tentang Istana Bandar

Di Sejarahkan, Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke lima), telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka ninda baginda Sultan Abdul Samad. Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Bandar yang dibina pada tahun 1905. Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda.


banyak lagi Sejarah,, kisah dan gambar di blog ini.. sila klik

Credit : http://anjunglarik.blogspot.com
Credit : http://kunadzri.blogspot.com

kalau perasan istana ni di gunakan masa pengambaran Pontianak Harum Sunda Malam 1..

5 comments:

  1. wah! trOs tulis sejarah nyer yer ko..
    hehe.. bagustan!
    aku penah masuk skali time function tahfiz quran.
    dulu budak2 tahfiz slalu dok cni bc quran n khatam quran.
    skrng tak pasti la..
    kalo dtg lg nnti cuba la panjat bukit jugra..
    kt cna ada penjara lama,istana lama gak (tgl tiang je)
    pastu nnti leh pekena nasik lemak...takpon steambOat..hehe..

    ReplyDelete
  2. hahaha aku pi semua ari tu..
    sampai makam pun aku pi zoo lama..
    balai polis lama.. rumah api hik hik hik tu yg lama tu.. singah umah mak angkat org tu lagi..

    ReplyDelete
  3. salam eita..istana ini sedang dlm proses utk di upgradekan luar dalam oleh kem. kebudayaan & warisan. Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar, dapatlah kita semua pegi melawat tanpa saspen lg. uncle terbabit dalam proses melukis semula bangunan sediada tuh...(measured drawing). uncle & 2 org junior kesana sebnyk 3 kali, mengukur, mengambil foto & melukis semula... mmg menarik, stu bahan sejarah yg dah hampir dilupakan... sedih tengok persekitarannya yg tidak terbela. mmg sebelum ni, bngunan tu di gunakan sebagai pusat tahfiz al-Quran, tp atas sebab2 tertentu ianya telah ditutup... mcm2 cerita disebarkan, tp jgn dengar sgt, bnyk yg mengarut.
    sudi-sudikanlah menjenguk blog uncle yg kdg2 tu terhenti utk di updatekan sbb. bz sgt.

    ReplyDelete
  4. nice.. untuk info lebih lemgkap tentang kampung ini, lawat le http://dkampungbandar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Pergi ke Morib dgn famili sempena cuti Wesak. Singgah ke Jugra melawat Istana Kampung Bandar dan Mesjid Di Raja Alaeddin.

    ReplyDelete

PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Kongsilah!