PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Friday, October 31, 2008

Update sekali


heee lama tak letak gambar sdri kali ni nk letak..
wat fahmie di Angola yg kutuk aku amik gambar dr atas je..
ni gambar aku dr depan hak hak hak :P


kain dr seorang sahabat.. yg kata eita berjasa dengan dia..
tak de apa pun jasa yg ita buat kak.. jasa kat mak abah pun tak terbalas..
apa2 pun Terima kasih sgt.. ita suka kain ni.. dah siap pun bajunya :)
nnt ita amik yg ita pakai plak ek :)


heee ni bli kat Tesco Ampang.. org tu bli selipar..
aku pun cukai.. brape sen sgt pun.. apa2 pun temikaceh...



ni kakak HUDD bg... ari tu dah dpt satu... jadi yg ni tak share gan sapa2 lah...
mekasih kakak hudd

Jemputan Kawin Ann di Perak

Hari tu dpt surat.. lama dah aku tak dpt surat rupanya surat jemputan dr perakk.. dari seorang sahabat yg aku kenali masa helizachat masih wujud tak pun masa heliza.com ada forum lagi.. :) kiranya kt org ni agak rapat la mcm adik gan kakak la gitu.. tp sepanjang kenal baru 2 kali bertemu.. thanks Ann kad jemputan tu nnt insyaAllah kalo tak de apa kak ita dtg eh :)




Wednesday, October 29, 2008

Alahai Muamalat :)

~ PEACE :D ~
Begini citernya.. tersebutla kisah nk cucuk duit smlm.. nk byr sewa umah.. tak detect.. kurang asam punya kad... apsal la tk detect ni.. hmm kad ku rosak.. dengan bersemangat pagi ni kol 8.30 aku pun kuar rumah ke bank muamalat kat area masjid jamek kot.. :D hee nama dia BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD JALAN MELAKA BRANCH.. banggunan ala2 kayu yg cantik tu.. mmg cantik pun... dlm pun cantik.. ish nape aku kena pi muamalat ni.. heee gaji masuk ikut sini tu kena gigih gak.. pi wat kad ni.. ok la dengan semangat aku pun pi kat situ tu baiki kad ni.. sekali apasal ramai sgt org ni ish mcm ada jamuan plak.. alahai.. rupanya meka wat MAJLIS SARAPAN PAGI AIDILFITRI tuk semua pelangan mereka.. alahai ni yg malas ni.. org yg sambut aku tu pun " dik2 masuk dlu dik kt org ada sambutan hari raya ni kata nya" aku pundengan perasaan yg tensen skit sbb nk cepat kan.. " bleh wat urusan ke?" dia kata "bleh2 mkn2 la dlu" alahaiiii tencen gue.. siyes la mmg agak lmbt laa.. sbb sibuk dok makan2 kan.. alahai aku ni plak dah wat kad nk kuarkan duit lagi...


gula ni dpt masa nk masuk pintu.. byk gak kalo seposen 2 kira ni 30posen la...
tu laa anta orang2 yg tgh nk mkn.. kat pintu masuk ramai giler..


SATU JE YANG AGAK YG TAK BEST NI..
WAT KAD NK TUNGGU 7 HARI TUK DPT PIN TUK AKTIFKAN KAD..
TAK MCM BANK LAIN YG AKU GUNA TIME TU GAK DPT PIN TUK AKTIFKAN
ALAHAI.. TERPAKSA LA AKU.. AMIK NOMOR LAGI TUK KUARKAN DUIT
SECARA MANUAL PLAK!!!

semua sekali selesai.. dekat kol 12 tgh ari... setengah ari le aku tak kerja.. tp tak apply cuti kan.. cuti ajaib namanya :P.. nasib la aku dok site.. kalo dok HQ jgn beragan la nk mcm ni...

KFC jadi My Mom Chiken Rice!!

Ajaib tak? heeeeee saja je mempoyokan diri heee :)
Semalam dinner kenkonon nk mam KFC.. sbb ada org asyik2 mkn KFC je.. Jap kakak dia bli la.. kejap opis dia blanja la.. sebagai ganti.. nk mkn kfc la gitu.. tp bila sampai tempat yg di tuju.. teringat plak tauhu goring kat my mum chiken rice shop..pada yg suka benda mmg sedap laa kalo pi sila la cube.. jadi cencel la KFC... "ayam goring" bak kata ipin :)


Tauhu Goring JB tuk hudd :P

Tuesday, October 28, 2008

Ingin Tahu

Ingin Tahu - erra Fazira..

Semalam tgk Dia Erra Fazira kat RTM 1 dengar lagu ni mcm besh lak :)jom layan.. tak dpt lg mp3 dia ni pun jumpa kat youtube je..



Ingin Tahu

Tidak sukar untuk kumembaca hatimu...
bila mata lebih lantang bersuara...
apa kupercaya
dedaun mekar di pepohon
rupanya gugur di musim luruh...

Dalam diam cinta telah merubah hati
dalam diam persimpangan menanti..
bila berdampingan jalinan mesra tiada lagi
tiada sinar kasih menyinari

mungkin dirimu dah ada pengganti
yang mengukir senyuman hatimu dah dicuri
mungkin juga diriku sudah menyusahkan
tidak sempurna lagi..
apa itukah di hati

demi kasih kita...
katakanlah sayang...
hanya awan mendung yang kan menanti kita
tak guna berpura jika hati tawar
oh demi kasih kita...
ikhlaslah padaku..
masihkah punya ruang di sudut hatimu...
atau dah tertutup pintu di hatimu...
katakanku ingin tahu...
ingin tahu kerna masih sayangkanmu..

daku faham bibir enggan berbicara
mungkin tak sanggup lihat kukecewa
setelah sekian lama
impian dibina bersama
namun takdir punya kisah berbeza...

tak terbayang pedih rasa di hati
tak pernah kualami
tak bisa diubati
tanpamu di sisiku..
bagai hilang punca
kuhilang segalanya..
hanya kau yang ku cinta

Best Frenzzz!!!


Happy Besday lia...
Housemate merangkap adik beradik merangkap kawan baik merangkap segalanya heee :P sampai umah dr kampung kol 12 lebih.. berpakat dengan nana tuk suprise kan lia.. heee mtk tlg my laling blikan kek.. smpi kl kedai kek dah tutup.. nasib la dia nk blikan... ok la sampai2 umah buka pintu alamak minah ni tak tdo lagi.. nasib baik la lampu dah tutup... harap dia tak nmpk ler aku bawa kek tu.. nasib baik dia tak nmpk kunci je pintu aku trus masuk bilik.. alahai mancis tak de la plak.. terpaksa aku pi dapur.. cari mancis nasib ada kalo tak.. tak de lilin heee :) trus je sms nana poyo je ayat aku " nana kak ita dlm bilik tgh idupkan lilin nana wat2 la pi bilik air" nana pun pi la.. pastu kt org bawa ler kek tu ke depan sambil nyanyi la gitu.. wah serenok btul minah ni heee :) sengeh2 tak sudah2.. apa2 pun eppy besday LIA!!! nana thanks eh.. tlg sekali.. nana ni adik lia.. dok sementara cuti..

Friday, October 24, 2008

Nak Balik Kampung!!

heeee sonoknya esk kt nk balik kampung..
dlu masa kerja kat JB tgk org teruja nk balik kg tak heran pun..
tp sekarang ni baru tahu..
kenapa laaa org sgt teruja bila nk balik kampung
ermmmm beshnya nk balik kampung..
semoga diriku sampai dengan selamat di kampung amin..


peace!!!!
gambar lama ni :) heee

Thanks Wanie Laling

yeh!!! dpt award..




-RULES-
1. Put the logo in your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you. -WANIE
3. Nominate at least 10 other blogs

UncleKunadzri
NakDaraRindu
Mommylilly
KakNina@Sweetlilllykitchen
KakJune@yummylicious
KakEina
MamaAQilah
SweetHoney86
Neslo

4. Leave a message for your nominee on their blog.

Wednesday, October 22, 2008

Istana Lama Jugra di bagunkan semula


Berbalik semula kepada topik Kampung Bandar Bersejarah


kunadzri said...
salam eita..istana ini sedang dlm proses utk di upgradekan luar dalam oleh kem. kebudayaan & warisan. Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar, dapatlah kita semua pegi melawat tanpa saspen lg. uncle terbabit dalam proses melukis semula bangunan sediada tuh...(measured drawing). uncle & 2 org junior kesana sebnyk 3 kali, mengukur, mengambil foto & melukis semula... mmg menarik, stu bahan sejarah yg dah hampir dilupakan... sedih tengok persekitarannya yg tidak terbela. mmg sebelum ni, bngunan tu di gunakan sebagai pusat tahfiz al-Quran, tp atas sebab2 tertentu ianya telah ditutup... mcm2 cerita disebarkan, tp jgn dengar sgt, bnyk yg mengarut.

Gembira tak terkata bila.. ermm uncle.. (sbb uncle ni bahasakan diri dia uncle kan.. kt pun pangil uncle ok..) masej yg ita nk sampaikan kat sini tak lama lagi..tempat tu di jadikan tempat perlancongan.. tak de la istana ni sepi dan tak terjaga tanpa penghuni.. tak sabarnya nk tunggu istana ni siap... tak sabar nak masuk dalam istana ni.

Nak tengok drawing tuk pembaikan semula istana lama ni ,, meh klik sini gambar pun banyak... ada dari semua tempat di kawasan istana.. http://kunadzri.blogspot.com/
Thanks Uncle beri ita keizinan utk amik gambar2 ni..

Fakta-fakta pelik

Fakta-fakta pelik yang kita tak tau :

  1. Duit kertas sebenarnya bukan di perbuat daripada kertas sebaliknya daripada kapas
  2. Perut bayi hanya boleh memuatkan susu sebanyak 60ml pada satu masa. Manakala perut orang dewasa mempunyai kapasiti paling maksimum ialah 1.5 liter. Namun lembu boleh memuatkan makanan sebanyak 300 liter dalam perutnya.
  3. Sebanyak 110,000 juta tan karbon dioksida memenuhi atmosphera setiap tahun kesan pembakaran petrol. Untuk menyerap semua gas tersebut, ia memerlukukan hutan seluas benua Australia.
  4. Sebanyak 4,082 kilogram bunga ros akan dapat menghasilkan hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran di dalam pembuatan minyak wangi.
  5. Kelapa paling besar di dunia boleh diperolehi hanya di Kepulauan Seychelles di Lautan Hindi. Berat buahnya yang masak mencapai sehingga 22 kilogram.
Credit:Budiey.com
....Selingan....


Tuesday, October 21, 2008

tak de tajuk

aduhaiiii kepala sakit... tencennya.. tak de semangat nk wat apa2.. hmmm... kat luar petir bedentam dentum.. kira ok la tu sebab kilat tak de.. kalau tak....cukup menakutkan... bkn salah ujan pun.. ujan tu rezeki.. tp tencennnn pening ni .. sakit blah kiri je plak tu.. hmmm nk pi mamam ujan.. ish lapar la plak ujan2 ni.. hmm bosannnn... mak tolong!!!!!!!!!!!

Terlambat dah tp nak juga..

Heee rasanya mcm dah terlambat tp tak kisah la kan.. sbb tak perasan hik hik hik ke saya tak amik tahu... pasal Bugjet Prihatin ni... banyak-banyak bugjet prihatin ni cuma ni jer yang susai tuk kita.. sbb bkn kerja kerajaan pun bkn nelayan pun bkn semua2 la..

Kecuali bil elektrik RM20

bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.


haaa macam mana berita baik kan? isi rumah yg bil elektriknya kurang dr RM 20 tak yah byr.. heeee org2 kaya bayarkan.. mula2 saya terfikir gak mcm mn nk dpt RM 20 atau kurang dr RM20 pelik... tp benar memang ada.. tgk sahabat saya ni.. kami berYM..

mula-mula saya bertangapan RM 20 ni hanya tuk golongan org yg susah tapi tidak :) oleh tu mari kt cube berjimat :) Chaiyok!!!!

Monday, October 20, 2008

Kampung Bandar Bersejarah

Sabtu hari tu saya ke Kampung Bandar Kuala Langat Selangor.. teruja bila masuk saja kampung Bandar hati ku trus rasa teruja melihat sebuah istana lama tersergam indah.. Memang cantik.. tp timbul tanda tanya kenapa di tutup? kenapa tak dibuka untuk org ramai.. ala-ala muzium ke gitu... menurut cerita orang kat situ.. ramai org yg ambil gambar kat situ akan nmpk mcm2 kat gmbr tu,,, mengikut niat mereka la.. kalo niatnya baik akan nampak benda yg baik.. katanya ada org amik gambar dengan niat yg baik kat situ bila di transfer ke komputer nmpk bayangan permaisuri hmm btul atau tidak tu.. saya tak pasti.. hanya org yg mengalami je tahu... kalo niat tak baik akan nmpk benda yg tak baik katanya seperti harimau ke mcm tu la.. heee tak nk tanya banyak - banyak sabab takut.. dan pengalaman saya sdri.. bila sampai di situ.. hati jadi berdebar.. tak tahu nape.. kamera ada di tangan.. tp hati langsung tak de perasaan nk snap.. mcm ada rasa sesuatu.. dua kali lalu situ.. tp ntah la mulut tak terkeluar tuk minta di berhentikan kereta untuk mengambil gambar istana ni.. padahal cerita-cerita yg saya dapat dr orang kampung ni... selepas saya melalui istana lama ni.. tp mungkin perasaan je kot.. ntah la.. Selain Istana masjid dia pun cantik ala-ala istana gak.. unik :) masjid ni terletak beberapa meter dari istana ni.. apa-apa pun saya cari gambar2 Istana Bandar dan Masjid melaui google akhirnya ketemu.. seronok sgt sbb ada gambar yg btul2 dr dlm pagar istana.






Sedikit Sejarah tentang Istana Bandar

Di Sejarahkan, Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke lima), telah menaiki takhta pada 17 hb Febuari 1898 mengantikan paduka ninda baginda Sultan Abdul Samad. Antara peninggalan bersejarah semasa pemerintahan baginda di Bandar Temasha ,Jugra , Kuala Langat ialah Istana Bandar yang dibina pada tahun 1905. Istana ini juga dikenali sebagai Istana 40 bilik kerana di dalam nya terdapat 40 buah bilik. Istana dua tingkat ini di bina di atas tanah seluas 12.96 ekar. Di bahagian tengah nya terdapat dua tingkat Istana yang mengandungi 4 bilik iaitu bilik peraduan, bilik mengadap , bilik tetamu diraja dan persemayam baginda.


banyak lagi Sejarah,, kisah dan gambar di blog ini.. sila klik

Credit : http://anjunglarik.blogspot.com
Credit : http://kunadzri.blogspot.com

kalau perasan istana ni di gunakan masa pengambaran Pontianak Harum Sunda Malam 1..

Sampai Bila Di Mana Sharlinie?


Tadi baca utusan online... kat site kanan dia ada poster di mana sharlinie?.. hati trus tertanya.. di mn sharlinie..rasanya dah hampir setahun sharlinie ni hilang.. khabarnya.. dia ada hidup lagi.. tp di mn dia.. hmm sapa yg sampaikan khabar tu.. adakah hanya satu harapan tuk keluarga sharlinie.. yg menanti tp tak kunjung tiba.. Sampai Bila agaknya dimn Sharlinie? btul ke dia idup lagi?.. btul ke dia selamat?.. dan sejak ni.. tiada lagi citer tentang sharlinie lagi.. ada pun rancangan tv masa raya ari tu... sekadar tunjuk kesedihan keluarga sharlinie yg menanti anaknya tuk menyambut Aidilfitri.. persoalannya di mn sharlinie??? sapa yg btul2 pasti sharlinie hidup lagi.. sharlinie selamat... sapa yg sampaikan berita tu... trus menjadi tanda tanya.. dan saya juga berdoa semoga sharlinie kembali jika dia masih hidup.. jika dia selamat.. amin... Tp DI MANA SHARLINIE?

Sunday, October 19, 2008

Sembahyang juga boleh rawat penyakit kritikal

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Dr Fatimah meneliti kertas bacaan ujian yang keluar dari alat analisis penyepadanan bio.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Sumber : BERITA HARIAN

Terapi Solat

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?
kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.


Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.


Sumber & Selanjutnya di BERITAHARIAN

Friday, October 17, 2008

bosan,,, bosan.. bosannnnnnnnn.........

hari ini adalah ari yg bosan....
kenapa ya?
sbb esk sabtu..
esk saya cuti..
nape ye?
saja2 heee bleh gitu..

....................................................

opsss lupe lak....
ari ni besday mama...
Happy Besday Mama!!!
semoga mama di panjangkan umur
& dimurahkan rezeki selalu..

amin..

Thursday, October 16, 2008

hari yg ujan..





Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza


Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Airmata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apa pun ini
Pelajaran yang bererti

Semoga kepergianmu
tak akan merubah apa pun
semoga mampu ku lawan kesepian ku....

nanti kan tahu
betapa bijaknya hidup
sepahit apa pun ini
pelajaran yang bererti
Semoga kepergianku
tak akan merubah apa pun
semoga mampu ku lawan kesepian ku....

Semoga kepergianku
tak akan merubah apa pun
semoga mampu ku lawan kesepian ku....

Apa pun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


smlm ujan yg sgt lebat.. basah kuyup..

Wednesday, October 15, 2008

Minyak turun lagi

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal.

"Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.

Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.


sumber: BeritaHarian


Alhamdulillah minyak turun lagi... harap2 harga barang2 pun akan turun...

hari yg gelap..

tak mood bosannnnnnnn!!!!!!!
Semoga esk ari-ariku lebih cerah...

Monday, October 13, 2008

Good Luck!!!!

Semoga adikku berjaya dlm PMR minggu ini..
kak long dan keluarga mendoakan kerjayaan
Semoga 8A Cemerlang Amin~

* Kejayaan mu kebangaan Kami ~ amin*

Open House Hudd & Cidot


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

byk btul makanan ada spegeti, laksa penang... yg paling best nasi lemak..
mmg terliur la.. rasa kat melaka dlu masa kak cidut bawak..
bila ada lagi ni yg tak tahan ni :)

mkn time!!

semua gedik nk jadi cikgu.. padahal kak cidot sorang je di pangil cikgu..
comel la dak ni.. anak2 murid kak cidut yg lain2 tak smpi lagi..
kalo tak semua skali..
dan last sekali thanks kat kak cidot dan hudd sbb wat open house ni eh..
semua sedap2 best sgt jumpa korang.. lama dah kan tak jumpa ;)
Selamat Hari raya Maaf zahir dan Batin..

Friday, October 10, 2008

Alahai Kakakku TAG Plak..

oleh kerana ari ni aku mls.. jadi kawap la TAG dr kakak NDR tayunk ni...

Berapa pasang baju raya anda tahun ni dan kaler apekah?
banyak sgt hehehe... satu je tu pun org sedekah... kaler kelabu berjalur biru..

Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
dah tentu lerrrr kepupat.. tp lebih suka ketupat daun palas.. tp tahun ni tak dpt sbb tak org nk amik tempahan.. huhuhu org yg tempah tahun lepas dah pindah..

Apakah biskut raya kegemaran anda?
heee kt suka makmur yg rangup dan almond parit raja heee :)

Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
tak de... ;) hehehe saja jer kan.. sbb masih dpt duit raya.. tp duit raya tuk mak ada ler..

Apakah aktiviti malam raya korang?
mlm raya pi jalan tgk barang lelong.. cari tudung.. pastu tgk tv sbb umah dah siap kemas.. mak masak pagi.. ketupat dah siap mak.. pastu tdo...

Who to tag?


ni dlu wat masa ni.... :P Selamat Hari Raya..
gmbr sekadar hiasan

Wednesday, October 8, 2008

Pi JB

Sengal tak?? Raya ke 3 pi JB.. mcm tak de kerja.. kan??? tak de ler sebenarnya nk pi melawat.. tp org yg di lawat pi beraya la plak... jadi dah pi jb tak salah kan pi jalan2 sekali.. 2 tahun aku tak pi jb,, byk benda dah berubah... hehee tak sangka tau.. siyes windu JB.. aku pun ajak le mak cik aku pi kat taman bunga istana tempat aku gan osmate aku joging dan jalan2 cari mkn heheheee.. pastu pi danga bay.. dah mlm kt org pun balik la.. apsal susah sgt nk cari tempat mkn kat danga bay ni ek.. jauh gila.. foodcourt dah tak de pelik aku..

---------------------------------------------------------
pastu esknya tgh ari balik kl dah.. huh rasa tak puas plak raya sejap je kat kampung walaunpun... cuti lama apa kan daya... rasa mcm nk cuti sebln je ehehehe suka ati aku jer kan?? meh tgk kucing gengster.. ni suka benor kaco org ishhh,, aku bg dia nama zombie kampung pisang.. hahaha sbb dia ganas mcm zombie hehehee..

Raya ke 2

Raya ke dua.. tak benda nak buat... bosan btul... mak masak kari kambing.. tp aku tak suka kambing jadi tgk jer ler... mak teh dtg gan anak dia.. mak long akak mak pun dtg.. ramai gak la adik2 mak yg dtg... layan je laaa.. nasib masak byk tdi.. jadi bg jer la mkn yg mak masak tdi heee punya la malas aku ni.. kurang kerja cari kerja aku gan sepupu kecik aku si yan ni layan la snap2 dr hp aku gambar dia gan anak sedara aku.. byk gak la hasilnya...

Tuesday, October 7, 2008

1 Syawal 1429H

Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.. Pagi2 bagun siapkan adik2 pi sembahyg raya.. mak sibuk kat dapur... siap semua adik2 ku balik raya.. bermaafan semua bagai.. aku pi kubur arwah abah dan tuk.. kini dah 2 tahun abah tak de..semoga roh abah di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman amin~arwah tuk plak 7 bln menigalkan kita org.. siyes tak best raya tuk tak de.. walau dlu atuk tak leh jalan,, tp seronoknya lain.. tp aku redha dengan pemergiannya.. semoga roh atuk di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang yg beriman.. amin~memandangkan mak tak de mood nk raya.. mak mmg gitu bila ada kematian melibatkan org tersayang.. mesti dia akan berkabung setahun la gitu.. tak pi mn2 tak bersuka ria.. biasa2 je.. ntah ek mak kata menghormati.. layan.... cuma tahun ni meriah skit ada anak sedara baru.. layan dia gelak2 seronok la plak..


Kongsilah!