Selamat Petang Jom Senyum Kerana Senyum Itu Sedekah Alhamdulillah
Tajuk Menarikkan sejak ita mengandung 27 minggu waktu tido sangat-sangat terganggu. untuk buat pertama kalinya mengandung memang tak ada pengalamankan jadi layan jelah. lama-lama tak tahan tanya-tanya juga pada ibu-ibu yang berpergalaman jawapannya sangat baik dan berguna terima kasih atas jasa baik anda. ok di sini ita kongsikan bagaimana untuk tido dengan agak selesa.
1. Tido mengering ke kiri. bagi memudahkan pengaliran darah
2. Bengkokkan kaki kita
3. Letakkan bantal diantara peha/kaki untuk keselesaan
4. Letakkan bantal di belakang untuk mengurangkan sakit belakang
5. Tinggikan Bantal bagi mengelakan atau hilangkan rasa pedih ulu hati
p/s: tiba-tiba je rasa bantal tu sangat berkawan baik dengan kita kan bila dalam keadaan mengandung ni :)
lebih kurang macam gambar ini cara tidonya. gambar ihsan makcik google takkan nak letak gambar ita tdo plak hihihi
Posisi yang patut kita elakan adalah
1. Tido menyarap - perut dah makin besarkan macam mana nk menyiarap.. lagipun kesian kat baby kalau kite menyarap dia tersepit nnt dia tolak-tolak tak caya cubalah :)
2. Tido Terlentang - salah satu darinya takut darah tak mengalir dengan baik, pastu susah nak bernafas.
No comments:
Post a Comment