Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Salam Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan kita masih berkesempatan menunaikan ibadah puasa tahun ini. semoga Ramadhan kali sangat bererti dan berkat buat kita semua InsyaAllah.
Buat pertama kalinya saya menyambut ramadhan kali ini bersama suami tersayang. bagaimana agaknya esok saya akan bagun pagi pertama kalinya menyediakan makan sahur buat suami mungkin ia satu yg menyeronokkan buat ita insyaAllah. walaupun ada rasa hiba sedikit sebab tak dapat menyambut puasa dengan mak kat kampung tapi bak kata sahabat saya kak ame adatlah orang bersuami. ialah kalau dulu sehari sebelum puasa dah ambil cuti sebab nak sambut puasa kat kampung hehe mahu tak terasa sedih tu kan..
Hasrat hati Ramadhan tahun ini dapat puasa penuh amin. iyakan last dapat puasa penuh masa umur 12 tahun dulu. dah alang-alang mengandung saya berdoa semoga diberi kekuatan untuk puasa penuh amin.
Dengan itu salam penuh kemaafan dari saya buat Suami, Mak, Adik beradik, Ipar Duai, Mak mertua, keluarga Mertua,keluarga saya, sahabat-sahabat semua kenalan dan semua sekalilah yer maafkan saya..
Perasaan ita ada sedih sedikit bila teringat Arwah Abah.. mesti seronok puasa kalau abah ada lagi. hmm jangan sesalinya kerana Allah lebih menyanginya Al-Fatihah buat Arwah abah tersayang Kamarulzaman Jaafar. citer seronok 2 hari yg lepas kt mimpi abah.. mimpi keadaan tu abah nk pergi tahlil ita sapa dia ckp jgn lupa nama2 atuk untuk tahlil abah cuma senyum dan tgk muka saya.. seronok terima kasih Allah dapat juga jumpa abah walaupun dalam mimpi bersyukur sangat.
nota eitakz: en suami pesan cuba tulis blog berperengan. jadi saya menurut perintah. tapi inilah masalahnya kalo berperengan pasti panjang berjela citernya hehe..
sub of the day - subway - friday- cool friday
Bukan hanya berperenggan, tapi mengikut format ayat yang betul.
ReplyDeleteoooo format yg btul ek.. mcm mn subway tu ok tak?
ReplyDeletesalam ramadhan eita... insyaAllah boleh puasa penuh masa pregnant ni... akak 3 tahun puasa penuh... thn 2009 masa ngandungkan Alisya... 2010 dan 2011 menyusukan Alisya... :D
ReplyDeletetahun ni, 2012: xdpt la puasa penuh... sedih!!
Salam ramadhan kak nora terima kasih atas semangat insyaallah ita puasa penuh.
Delete