Alhamdulillah hari ini hari pertama kita semua menyambut Ramadhan. Korang semua sahur apa pagi tadi. buat ibu mengandung mesti tertanya-tanya mampukah kita berpuasa hinggga ke petang kerana perut kite sentiasa laparkan? mari kita tawakal doa dan kuatkan semangat untuk dapat ita menjalani ibadah puasa ini selama sebulan. pagi-pagi ita dah cakap dengan baby hari ini ibu akan berpuasa. baby pun puasa tau. nanti jam 7.30 malam baru kite makan sangat gembira kerana baby memberi tindak balas dengan gerakkan. seronokkan?
oklah di sini ita kongsikan hasil carian ita. tips yg baik untuk sahur bagi ibu mengandung. semoga berguna buat ita dan juga semua ibu-ibu mengandung insyaAllah. ita cuba juga td. makan nasi tapi bukanlah beras perang.dengan lauk berprotin pisang kurma dan susu. tengoklah hasilnya macam mana esok ita update ok.
Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?
Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
- nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
- bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
- dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Info daripada:Tips Sahur Ketika Mengandung/Hamil
mungkin sub of the day hari ini boleh jadi juadah buka puasa anda..
sub of the day - subway hari ini- subway- saturdays subway - dreamy saturdays
No comments:
Post a Comment