PENEGASAN @ PERINGATAN
SEGALA APA SAHAJA YG DI TULIS DI BLOG INI ADALAH HAK PERIBADI SAYA.. KAWAN2 MAHUPUN RAKAN SEPEJABAT & JUGA AHLI KELUARGA YG MUNGKIN DAN KONON AKAN TERASA SILA ABAIKAN KERANA PERASAAN ANDA TIDAK AKAN DI LAYAN.. KERANA HANYA DI SINI TEMPAT SAYA BERCERITA KISAH GEMBIRA MAHUPUN SEDIH. HARAP MAKLUM!

Friday, July 27, 2012

Baby 28 Minggu / 7 Bulan :)

Assalamualaikum selamat berpuasa dah 7 hari kita berpuasa. 

Hari Insin hari itu ita pergi permeriksaan doktor untuk bayi dalam kandungan kini usianya sudah pun menjangkau 7 bulan Alhamdulillah dah besar rupanyer anak ibu ini. lagi dua bulan insyaAllah boleh jadi kawan ibu dia. ita tak pernah putus berdoa semoga bayi dalam kandungan ini dalam keadaan sihat sempurna dan ita dapat lahirkan dia dengan sihat dan baik amin. Buat pertama kalinya mengandung memang sangat teruja dengan kurniaan Allah ini. kadang-kadang kita terfikir benda yang baik kadang-kadang kita terfikir benda yang buruk. tapi dalam hati sentiasa berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja, 

Kesihatan saya semasa mengadung setiap kali permeriksaan sangat baik. saya tidak menpunyai tekanan darah tinggi, saya tidak mempunyai kencing manis mahupun kencing kotor cuma kadar kepekatan darah saja naik turun. HB saya pernah turun sampai 8 bacaannya. tapi sekarang alhamdulillah walaupun tak naik banyak seperti yg dikehendaki tapi cukup samapi bacaan 11 kira masih baikkan untuk ibu mengandung. selain tu buku merah penuh dengan pen berwarna merah sebab berat badan berlebihan hahaha nasiblah memang gemuk nak buat mcm manakan? selalu orang kaitan kegemukkan saya dengan sakit kecing manis atau darah tinggi semasa mengandung bersyukur sangat kerana di hindarkan dari sakit-sakit semoga segalanya di permudahkan amin

Perkembangan Bayi dalam kandungan dia sangat sihat deyutan jantung dia normal alhamdulillah dia sihat dan dia sangat aktif dalam perut. dia sudah pandai mendengar kata-kata ibu dab ayahnya bertindak balas dengan gerakkan. seronok sangat. kadang-kadang leka ita bila layan dia dalam perut. kadang-kadang timbul rasa teruja nak tunggu dia lahir. semoga ita dapat lahirkan bayi ini dengan selamat amin.

nota eitakz: sekarang ini ita tengah nk buat persiapan barang untuk baby. iya la kan dah 7 bulan kalo tak buat apa-apa lagi nanti tiba masa nk beranak tak de persiapan. semoga segalanya di permudahkan amin.. 

Thursday, July 26, 2012

Ramadan Ke 6

Alhamdulillah ita masih mampu bertahan untuk puasa penuh hingga puasa ke 6 ini. semoga niat untuk puasa sebulan di perkenankan oleh Allah amin. Baby pun setakat ni tidak ada masalah ketika ibunya berpuasa. setiap pagi bila ita sahur ita sentiasa bagitahu baby. kita sahur ni hari ini kita puasa jam 7.30malam nanti baru buka. bersyukur sangat sebab baby memahaminya. semoga anak ibu dapat jadi anak yg soleh, bijak pandai  dan mendengar kata amin.

Dugaan.. dugaan.. dugaan.. kadang-kadang hidup ini tak selalunya gembirakan. tak adil pula kalau selalu kegembiraan  buat kita jer. jadi sekali-sekali kena ada dugaan yer tak? dalam bulan yg baik ini kita di uji sebab Allah sayangkan kita kan? terima kasih Ya Allah. 

kadang-kadang kite diam kite senyum bukan bermakna kita takut bukan bermakna kita mengalah. tapi kita hormat sesorang itu. tapi kadang-kadang rasa hormat boleh hilang kalau dah melapau sangat. kita sebagai manusia selalu perasaan kita hebat kita je yg bagus dari orang lain. kita tak pernah sedar kelemahan atau masalah diri kita sendirikan? kadang-kadang itu pentingnya muhasabah diri mencari kelebihan dan kekurangan diri sendiri. kita tahu nk cari kelemahan dan kesalahan orang jer kan? 

bila umur kita semankin meningkat kite cubalah belajar apa yg kurang dlm diri kita. supaya tak la nampak macam kita ni kurang matang atau tak faham sesuatu. belajar cara komunikasi dengan baik kerana dengan komuunikasi  yg baik tidak akan ada hati yang terguris.pernah dengarkan setiap kali umur kita genap kita kena berubah kalo kita tak berubah sampai bila-bila kita mcm itu jer. 

Dugaan ita dahlah hari ni layan perasaan sebab hati terguris. masak lambat jam 6.30 baru nk start masak. tgh masak gas abis. mintak tolong en suami pi beli tapi org yg hantar. boleh hantar lepas buka pula alahai makan la apa yg ada jer dulu. kurma air dan kueh. kesian kan? tak perlah hidup tanpa dugaan tak seronok la kan.. sama je hari-hari. Allah uji kt sbb dia sayang kita. syukur Alhamdulillah.. 

kesian baby bila ibu stress baby pun ikut stress kan.. tp ayah kata baby tahu ibu sedih sbb tu baby bergerak selalu sebab nk bagi ibu happy.. memang ibu rasa gembira bila baby bergerak aktif. terima kasih ya Allah kerana beri hambamu rasa semua ini.. bersyukur sangat. cukup la setakat ini. nite.. 

BERSABARLAH DAN BERISTIFAR DENGAN SEGALA DUGAAN SEMOGA KEBAIKKAN MILIK KITA. 

nota eitakz: selalu bila kite kesian kat orang kenapa orang tak kesian kat kita eh?

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday #02


Tuesday, July 24, 2012

Puding Caramel Mudah

Asslamualaikum Selamat Tengah Hari.. 

Hari ini nak cerita pasal puding Caramel yg senang ni.. kacau-kacau siap. ni gara-gara kak Sumijelly jual di Facebooknya siap letak gambar dah siap buat.. gile tak teringin dah la memang suka makan benda ni selalu beli sepotong RM 3.00 tu. jadi ibu mengandung ni pun nak buatlah. tapi kan mak mertua ita yg buat sepanjang mak mertua ita buat ita duduk je tepi dia huh baunya buat tergugat puasa hahaha sabar jelah.

inilah hasilnya sedap kan?

kat bawah ni copy dari blog tukang jual  
cara-cara menbuatnya senang tak?

dimana nk beli klik sini SumiJelly Shoppe
Harga RM 8.00 tidak termasuk POS 

nota eitakz: macam nak buat lagilah sedap sangat 

Monday, July 23, 2012

Nasi Goreng Cina ala Warung

Sorotan daripada post petang semalam. Inilah hasilnya Nasi Goreng Cina ala Warung. Mudah cepat, senang dan mudah.

Rasanya pun sedap sangat

bahan-bahan
saiz hidangan 2 orang 

2 ekor sotong 
6 ekor udang 
sedikit isi ayam 
2 Biji Telur Ayam
4 biji bawang Merah  kecil 
2 Ulas Bawang Putih 
1 biji Cili Besar Merah 
Sedikit Daun Sup 
Sedikit Daun Bawang
Separuh Lobak Merah 
Sedikit Bunga kobis
Nasi Secukupnya 
Sedikit Minyak Masak untuk mengoreng 
perencah Nasi Goreng Cina Meggie ala Warung 

Cara membuatnya 
Potong Bawang Putih Bawang Merah dan Cili. Panaskan Minyak Masak di dalam Kuali masukkan bawang putih bawang merah dan cili tumis agak-agak hampir layu masukkan Ayam, Udang Dan Sotong lepas itu masukkan lobak merah potong ikut suka.. gaul sekali agak2 masak ayam, udang sotong tu masukkan nasi gaul rata.. masukkan perencah nasi goreng cina ala warung gaul sekali hingga nasi nampak sedap masukkan telur hancur daun bawang dan daun sup.. sekarang sedia untuk di makan. nyaammi sedapkan mudah dan senang hihihi

nota eitakz: senangkan.. cara mudah untuk buat nasi goreng.. 


Sunday, July 22, 2012

Apa Menu Hari Ini?

Haaa.. Korang rasa apa menu buka puasa hari ni? Agaknye ape ye?

Hari Pertama Ramadan

Assalamuaikum... Selamat tengah hari.

Hari pertama ramadan baby sangat baik. Ibu dapat puasa sampai waktu berbuka alhamdulillah. Baby x meragam pun tendang tendang pun tak ada. Samapi waktu buka baby masih lagi kuat seperti semangat ibu untuk berpuasa. Ibu juga bersemangat untuk buat solat sunat terawikh baby pun masih bersemangat hingga la waktu tido si ibu baby bergerak aktif smpi la pagi nak sahur tadi. Tapi kalo baby tak bergerak ibu pula yang risau. Sampai ibu sibuk cakap pada ayah kenapa ni baby tak gerak ni.. Alahai gitu la pengalaman pertama saya berpuasa ketika mengandung.. Alahamdulillah syukur atas rezeki Allah :)

Oklah nak kongsi sikit apa yang ita makan ketika sahur supaya mampu bertahan. Pertama sekali seharusnya berdoa pada yang maha Esa supaya ibundan baby di beri kesihatan dan di kuatkan semangat. Macam biasa la kan makan ubatnyg klinik bekalkan dulu obimin. Ita makan spirulina 5 biji sebelum makan. Susu kotak perisa stawberi saiz kanak-kanak sbb bila yang besar tak boleh abis. Makan nasi dengan 2 protin ita makan telor dan ikan sayur dan kurma 3 biji. Alhamdulillah dengan saranan oleh doktor makanan ini ita mampu bertahan :)

Hari ini setakat hampir jam 1 tgh hari saya mampu bertahan.. Semoga terus bertahan hingga waktu buka insyaAllah..


Saturday, July 21, 2012

Tips Berbuka Puasa Ketika Mengandung/Hamil


Assalamualaikum  Selamat Petang 

Bagaimana ibu mengandung  tahan ke puasa sampai petang ni. kali ini hasil carian ita terjumpa dengan tips berbuka yang baik untuk ibu mengandung. apakata kita cuba. mungkin boleh memambah tenaga kita buka InsyaAllah.

kalau korang nak tahu? hari ini perasaan ita nk pergi bazar ramadhan nak cari pengat atau bubur. tapi selalunya bubur atau pengat yg ita suka pengat pisang atau bubur cha cha je yg lain selalunya tak mahu.. hehehe.  oklah mari baca hasil carian ita. tips berbuka yg baik untuk ibu mengandung/hamil.


Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa? 
Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.

Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan


Nota eitakz:  nk pergi bazar ramadhan lepas asar ni. harap nafsu tidak melebihi had makan amin 

Tips Sahur Ketika Mengandung/Hamil

Assalamulaikum..Selamat pagi & Selamat Bersahur semua

Alhamdulillah hari ini hari pertama kita semua menyambut Ramadhan. Korang semua sahur apa pagi tadi. buat ibu mengandung mesti tertanya-tanya mampukah kita berpuasa hinggga ke petang kerana perut kite sentiasa laparkan? mari kita tawakal doa dan kuatkan semangat untuk dapat ita menjalani ibadah puasa ini selama sebulan. pagi-pagi ita dah cakap dengan baby hari ini ibu akan berpuasa. baby pun puasa tau. nanti jam 7.30 malam baru kite makan sangat gembira kerana baby memberi tindak balas dengan gerakkan. seronokkan?

oklah di sini ita kongsikan hasil carian ita. tips yg baik untuk sahur bagi ibu mengandung. semoga berguna buat ita dan juga semua ibu-ibu mengandung insyaAllah. ita cuba juga td. makan nasi  tapi bukanlah beras perang.dengan lauk berprotin  pisang kurma dan susu. tengoklah hasilnya macam mana esok ita update ok.

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil? 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk.

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.

mungkin sub of the day hari ini boleh jadi juadah buka puasa anda.. 
sub of the day - subway hari ini- subway- saturdays subway - dreamy saturdays

Friday, July 20, 2012

Posisi Tido Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Selamat Petang Jom Senyum Kerana Senyum Itu Sedekah Alhamdulillah

Tajuk Menarikkan sejak ita mengandung 27 minggu waktu tido sangat-sangat terganggu. untuk buat pertama kalinya mengandung memang tak ada pengalamankan jadi layan jelah. lama-lama tak tahan tanya-tanya juga pada ibu-ibu yang berpergalaman jawapannya sangat baik dan berguna terima kasih atas jasa baik anda. ok di sini ita kongsikan bagaimana untuk tido dengan agak selesa.

Posisi tido terbaik untuk ibu mengandung.
1. Tido mengering ke kiri. bagi memudahkan pengaliran darah
2. Bengkokkan kaki kita
3. Letakkan bantal diantara peha/kaki untuk keselesaan
4. Letakkan bantal di belakang untuk mengurangkan sakit belakang
5. Tinggikan Bantal bagi mengelakan atau hilangkan rasa pedih ulu hati

p/s: tiba-tiba je rasa bantal tu sangat berkawan baik dengan kita kan bila dalam keadaan mengandung ni :)
lebih kurang macam gambar ini cara tidonya. gambar ihsan makcik google takkan nak letak gambar ita tdo plak hihihi 

Posisi yang patut kita elakan adalah 
1. Tido menyarap - perut dah makin besarkan macam mana nk menyiarap.. lagipun kesian kat baby kalau kite menyarap dia tersepit nnt dia tolak-tolak tak caya cubalah :)
2. Tido Terlentang - salah satu darinya takut darah tak mengalir dengan baik, pastu susah nak bernafas.

nota eitakz: semoga malam ini dapat tido lena. sebab ibu nak puasa esok. 

Salam Ramadhan


Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Salam Ramadhan  buat semua umat islam di seluruh dunia. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dan kita masih berkesempatan menunaikan ibadah puasa tahun ini. semoga Ramadhan kali sangat bererti dan berkat buat kita semua InsyaAllah.

Buat pertama kalinya saya menyambut ramadhan kali ini bersama suami tersayang. bagaimana agaknya esok saya akan bagun pagi pertama kalinya menyediakan makan sahur buat suami mungkin ia satu yg menyeronokkan buat ita insyaAllah. walaupun ada rasa hiba sedikit sebab tak dapat menyambut puasa dengan mak kat kampung tapi bak kata sahabat saya kak ame adatlah orang bersuami. ialah kalau dulu sehari sebelum puasa dah ambil cuti sebab nak sambut puasa kat kampung hehe mahu tak terasa sedih tu kan..

Hasrat hati Ramadhan tahun ini dapat puasa penuh amin. iyakan last dapat puasa penuh masa umur 12 tahun dulu. dah alang-alang mengandung saya berdoa semoga diberi kekuatan untuk puasa penuh amin. 

Dengan itu salam penuh kemaafan dari saya buat Suami, Mak, Adik beradik, Ipar Duai, Mak mertua, keluarga Mertua,keluarga saya, sahabat-sahabat semua kenalan dan semua sekalilah yer maafkan saya.. 

Perasaan ita ada sedih sedikit bila teringat Arwah Abah.. mesti seronok puasa kalau abah ada lagi. hmm jangan sesalinya kerana Allah lebih menyanginya Al-Fatihah buat Arwah abah tersayang Kamarulzaman Jaafar. citer seronok 2 hari yg lepas kt mimpi abah.. mimpi keadaan tu abah nk pergi tahlil ita sapa dia ckp jgn lupa nama2 atuk untuk tahlil abah cuma senyum dan tgk muka saya.. seronok terima kasih Allah dapat juga jumpa abah walaupun dalam mimpi bersyukur sangat. 


nota eitakz: en suami pesan cuba tulis blog berperengan. jadi saya menurut perintah. tapi inilah masalahnya kalo berperengan pasti panjang berjela citernya hehe.. 

sub of the day - subway - friday- cool friday

Thursday, July 19, 2012

pisang goreng dan sambal kicap

gitulah ikutkan selera ibu mengandung macam-macam nak makan. 
kali ni pisang goreng gan sambal kicap pula.. 
tapi kali ni nk buat sdri alahai mak yong ni 
lepas buat lepak satu badan
iya la diri lama kan.. 
dengan badan yg besar ni 
dengan ada baby dlm perut bertambah berat la kan.. 
tapi saya gembira sbb dikurniakan rezeki ni alhamdulillah 
ok la jom layan gambo pisang goreng yg tak seberapa ni
alhamdulillah 


 nota eitakz: mood update blog tak de ari ni sbb risau kat baby ni.. sentiasa doa semoga baby sihat dan lahir dengan selamat amin

Wednesday, July 18, 2012

header baru blog


terima kasih en suami 
tukarkan header baru 
iya la gambo sebelum ni. gambo awal2 masa blog ni buat 
gamba masa remaja dlu kan??
macam ala2 gedik gitu.
kiranya dah selalu gak cakap gan en suami 
nk tukar la header blog ni.. 
tp dia bz x sempat2 nk buat kan. 
semalam tengah leka jemur baju 
tiba-tiba en suami kata "cube tengok blog awak" 
dengan gediknya pun buka la.
sekali tgk wah header baru la.. 
terima kasih dan sayang love u.. 
semoga kasih sayang ini kekal keakhir hanyat amin

nota eitakz: hari ni genap 7 bulan perkahwinan kami semoga kami dapat menempuhnya dengan baik dan bahagia.. semoga kasih sayang kami kekal hingga ke syurga amin 

Wordless Wednesday #01



Tuesday, July 17, 2012

pavlova


alhamdulillah dapat dah makan pavlova
nasiblah kan ibu mengandung kalau mintak
macam kesian pula tak tunaikan. 
yg si ibu ni pun selagi tak dapat selagi tu lah rasa mcm nak kat tekak 
macam tu la kan pengalaman aku mengandung.. 
mungkin semua orang mcm tu kot.. 
setakat ni alhamdulillah dan sentiasa berdoa 
tak la terasa makan benda yg susah nk dapat atau pelik 
cukuplah dengan apa yg ada.. 
ops lari pula cerita ni.. 
oklah teruja tengok pavlova tergoda gan buah2 segar atas dia tu.. 
bila dah rasa nyammmiii mmg sedap rupanya hehe
terutamanya terima kasih pada en suami 
sebab dapat carikan.. sebenarnya nk order online jer
tp en suami ni bz sgt bila time nk pi amik kn?
oleh kerana dia berkerja di stesen TV berbayar di Malaysia ni
tentu ada yg jual dlm tu.. jadi si isteri ni soh la en suami ni bertanya
akhirnya ada juga.. mmg niat nk beli.. 
tapi rezeki Allah beri opismate en suami bg jer.. 
semoga Allah murahkan rezeki kak jannah dan keluarga amin. 
tgk kat kotak dia tulis.. 
memang tersangat enjoy 
terima kasih banyak2 ek.. 



Monday, July 16, 2012

jari gemukku melecur :)

hehehe gelak dulu ok
sila tengok bila jari jari yg gemuk ni terbakar sangat- sangat cantik kan?
masak dah jari kt.. bak kata en suami leh bubuh sos gan kicap makan..
masalahnya lalu ke nk makan jari ni.
hahahahha..
tgk pun tak selera..
nasib baik la cincin dah buka kalo tak tergantung la dia kat tempat melecur tu.
ok kisahnya berlaku macam ni.
nk masak ayam kicap..
minyak dah panas
kite dengan semangatnya masukkan ayam dalam kuali tu..
jadi bila minyak terlalu panas wap dia kan naik kan..
wap tu la menyebabkan jari kite melecur..
selalu tgk mak masak rileks je masukkan konon mcm boleh buat mcm mak la kan
tp rupanya ilmu x tuntut abis lagi hahahaha
oh lupa masa masak ni bkn untuk masakan biasa..
masak tu kenduri.. tu yg byk..
apa pun manusia belajar dari kesilapan
pasni jangan tuang mcm tu je ok masukkan skit2
kerana ilmu belum cukup tuk masukkn banyak-banyak sekali.
last-last x dpt wat kerja apa2 sbb jadi dah melepor...
meloncat-loncat tahan sakit ahaha
siap dengan air mata lah...
panas sangat rasanya..
sampai malam nk tido kepanasan tu masih belum reda.. kesian kan..
sabar je la.
baby dlm perut ni pun mengeras je bila si ibu menahan sakit.. 
sian dia..  

Friday, July 13, 2012

mood ohh mood ...

hari ni mood tak baik tak tahu nape 
sedih je susah hati je
nape? 
xde sapa pun buat salah gan kt.
xde sapa pun sakit kan hati kt 
tp kt sdh.. nape?
hmm penat la mcm ni.. 
mood ibu mempengaruh anak kan?
baby kt pun sdh ke?
ntah la hmm 
x tahu nk buat pe ni.. 
nak kata lapar kenyang. 
ntah la.. 
YaAllah kuatkan semangat aku ni 
lapangkan dada ini terangkan hati ini dengan benda2 yg baik 
amin 
hm xde mood la nk tulis 
hmm :( cedih ni huwaaaaa..
nape cedih ni.. alahai.. 
sambil taip ni air mata mengalir jer.. 
ish ish ish 
pening la layan diri sdri 

9 Perkara: Suami Perlu Peka Ketika Isteri Mengandung



1. Luangkan masa bersama isteri.- Sebagai seorang suami yang mempunyai pelbagai tanggungjawab samada di rumah mahupun di pejabat, sudah tentu adakalanya anda berkemungkinan menjadi terlalu sibuk dengan urusan-urusan yang perlu anda selesaikan. Tetapi, usah jadikan ini alasan untuk tidak meluangkan masa anda bersama isteri tercinta. Anda perlulah berusaha sedaya upaya untuk meluangkan masa anda bersama isteri. Wujudkan suasana relaks antara kamu berdua dan keraplah berkomunikasi antara satu sama lain. Ini kerana pada waktu seperti ini, seorang isteri amat memerlukan perhatian daripada anda. Dengan berada disamping isteri, ia pasti dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.


2. Membantu menjaga pemakanan isteri - Seperti yang sedia maklum, pada waktu-waktu seperti ini si isteri biasanya akan mengalami simptom mengidam. Sebagai seorang suami, anda sepatutnya bantu isteri anda dengan cara memenuhi kehendak mereka selagi termampu (selagi makanan yang diidamkan halal, tidak mustahil diperolehi dan sebagainya) Selain daripada itu, si isteri yang sedang mengandung juga memerlukan makanan yang berkhasiat agar tumbesaran bayi tidak terganggu. Si suami wajar membelikan makanan-makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt, madu dan lain-lain agar anak didalam kandungan tersebut mendapat nutrien yang seimbang.


3. Memahami keadaan fizikal mereka- Suami perlu sedar bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan isteri akan menjadi lebih perlahan daripada biasa. Oleh itu, apabila anda membawa isteri anda keluar untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan bahawa anda memahami situasi isteri anda. Adalah sangat tidak wajar jika anda memarahi mereka hanya disebabkan pergerakan mereka yang lambat.


4. Bersikap ringan tulang- Semasa isteri anda sedang sarat mengandung, tidak perlulah anda bertanya mengenai perkara-perkara yang perlu anda bantu Apabila melihat kain yang bertimbun tidak berbasuh, ringan-ringanlah tangan untuk membantu membasuh kain-kain tersebut. Sama juga halnya dengan kerja-kerja rumah yang lain. Ringankanlah beban isteri anda bukan menambahkan beban tersebut dengan membiarkan cawan kopi anda yang tidak berbasuh, surat khabar yang anda baca tidak terlipat dan lain-lain lagi.


5. Belajar psikologi - Isteri yang mengandung akan mengalami perubahan yang besar baik dari segi emosi mahupun fizikal mereka. Suami wajar mengetahui tanda-tanda perubahan ini. Dengan mempelajari ilmu psikologi serba sedikit anda akan lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah dengan tiba-tiba, menjadi terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.


6. Membantu menyiapkan hidangan - Sekiranya sebelum ini tugas-tugas memasak di dapur hanya dilakukan oleh si isteri semata-mata maka apalah salahnya sekiranya selama 9 bulan ini si suami belajar untuk menyesuaikan diri berada di dapur. Sekiranya anda tidak memasak sekalipun, anda masih boleh membantu isteri memotong bahan-bahan masakan, menumis dan sebagainya. Ini juga secara tidak langsung akan menjadikan pasangan suami isteri tersebut bertambah mesra antara satu sama lain.


7. Membantu menjaga anak-anak yang lain - Ini adalah peluang keemasan untuk anda sebagai suami dan ayah menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.


8. Membawa isteri pergi kemana-mana- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Lebih-lebih lagi sekiranya usia kandungan telah mencecah 6 bulan dan keatas. Sebaiknya anda korbankan masa dan tenaga untuk menjadi pemandu kepada isteri anda dan bawalah mereka pergi membeli barang dapur, baju bayi dan sebagainya.


9. Menabung dari awal- Hmm perkara yang ini anda perlu bersedia dari awal lagi. Kukuhkan kedudukan kewangan anda agar tidak ada masalah yang timbul dikemudian hari. Maklumlah harga-harga barangan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kesihatan sekarang sudah semakin mahal. Setiap kali harga petrol naik dah sah-sah harga-harga barang lain pun akan turut naik bukan? Oleh itu, bagi yang baru mendirikan rumah tangga dan yang masih belum berkahwin tu, elok-eloklah menabung seringgit sehari mulai sekarang. Kalau lebih pun bagus juga! :)

Thursday, July 12, 2012

BABY 26 MINGGU :)

alhamdulillah dengan rezeki di kurniakan oleh Allah. 
saya mengandung 26 minggu. 
rasa bersyukur yg tak terhingga kerana di berikan rezeki ini. 
tak pernah citer pasal baby kan?
bukan tak nak citer tapi tak tahu ada rasa macam-macam
apa pun sentiasa berdoa semoga baby dalam kandungan ni 
sihat sempurna dan dpt lahirkan baby dengan selamat amin
baby pun dah aktif bergerak. 
untuk ita yg 1st time memang seronoklah. 
bila kt cakap dengan dia. 
dia berikan tindak balas wpun hanya gerakkan. 
rasa macam kawan baik pula
boleh citer gan dia kisah suka ke sedih. 
alhamdulillah suami pun banyak sangat membantu
wapun masa dia agak kurang  kerana kerja yg banyak 
tapi tetap sempat layan isteri dia yg agak mengada-gada sejak mengandung ni
ntah la kadang-kadang ita sendiri tak faham 
macam mana boleh mengada-gada sangat. 
tapi suami pun layan je alhamdulillah 
i love u abg.. sayang untuk selamanya. 
terima kasih abg :) 
comel kan hik hik hik 



Wednesday, July 11, 2012

perkembangan bayi dari minngu 1 hinnga 40 dalam kandungan

gambar hiasan dari makcik google

Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.
Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.
Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Minggu 5
Bayi
Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
Minggu 8
Bayi
Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.
Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan.
Minggu 12
Bayi
Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.
Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa. Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras. Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi, pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang. Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.
Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.
Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut, pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk meneran.

Kongsilah!